Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) is questioning individuals in Taiwan and the United Kingdom for Malaysia's RM1.1B semiconductor agreement case involving allegations of corruption and embezzlement.
PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengambil keterangan beberapa individu di Taiwan dan United Kingdom . Ia bagi melengkapkan siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat Arm Holdings.
Tindakan itu diambil selepas SPRM berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan perundangan bersama untuk memperoleh keterangan berkaitan siasatan berkenaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, keterangan seramai 26 individu termasuk bekas Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas pembantunya Chai Jin Shern telah diambil setakat ini. Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan mungkin akan memgambil sedikit masa susulan maklum balas yang diterima agak perlahan dari kedua-dua negara berkenaan.
“Memandangkan ia melibatkan dua jurisdiction yang berbeza, kita perlu melalui peraturan, undang-undang, dan sebagainya. “Jadi maknanya ia memerlukan sedikit masa, dan mungkin kes ini juga akan memakan masa sedikit dari segi penyiasatan,” katanya hari ini. Mengulas lanjut Abd. Halim berkata, urusan dokumentasi bahan-bahan bukti bagi kes berkenaan sedang dijalankan termasuk dokumen yang diserahkan oleh Rafizi.
Sementara itu, katanya, siasatan membabitkan pengambilalihan sukarela IJM Corporation oleh Sunway Bhd. masih dijalankan susulan penemuan unsur berkaitan penyelewengan dalam urusan berkenaan. Abd. Halim berkata, siasatan mendapati terdapat elemen yang boleh disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan dua individu. Beliau berkata, setakat ini SPRM telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Kertas siasatan kes ini masih aktif kerana melalui siasatan yang dijalankan oleh SPRM, kita mendapati wujud unsur-unsur yang boleh disiasat di bawah undang-undang berkaitan,” katanya. –
Malaysia Investigation Individuals Taiwan United Kingdom RM1.1B Semiconductor Corrupt Embezzlement Abd. Halim Individuals Investigation Malaysia RM1.1B Semiconductor Abd. Halim
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pembatalan NSM: Malaysia hantar notis tuntutan lebih RM1 bilionNotis tuntutan rasmi telah dihantar hari ini.
Read more »
Malaysia Masters 2026: Malaysia's GoH Sze Fei-Nur Izzuddin ensures regu final berth, beats IndonesiansMalaysian badminton player, GoH Sze Fei-Nur Izzuddin handles his opponents, Muh Putra Erwiansyah-Bagas Maulana, to secure a spot in the men's doubles final at the 2026 Badminton Malaysia Masters in Kuala Lumpur, after defeating them in the semis.
Read more »
Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »
Masuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMalaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Mekah tanpa permit.
Read more »
