Malaysia Searching for Alternative to NSM System for LCS

Military News

Malaysia Searching for Alternative to NSM System for LCS
LCSNSM SystemNorwegian

The Royal Malaysian Navy (RMLN) is looking for an alternative to the Norwegian NSM system for their future Littoral Combat Ships (LCS). The Minister of Defense, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, stated that the search for an alternative is crucial to ensure the LCS is equipped with the intended weaponry.

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kanan) semasa lawatan kerja ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berusaha mencari alternatif lain bagi menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) dari Norway untuk melengkapkan kapal tempur pesisir ( LCS ).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu penting bagi memastikan kapal berkenaan dapat dilengkapi dengan sistem persenjataan seperti yang telah dirancang sebelum ini.

"Itu biar TLDM (cari). Kita percaya pilihan terbaik adalah sistem yang selari dan boleh berintegrasi dengan sistem tempur serta melibatkan negara yang bersedia memindahkan teknologi kepada Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini. Yang turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain dan Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS, Ir Azhar Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pemilihan sistem baharu itu juga perlu mengambil kira kekangan sedia ada memandangkan kapal LCS telah siap dibina. Katanya, keadaan itu menyebabkan pilihan yang ada agak terhad dan kerajaan perlu memastikan proses penggantian dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

"Kadang-kadang ada negara yang nampak seperti kawan ketika mahu menjual peralatan, tetapi selepas urusan pembelian selesai, sikap mereka mungkin berubah. Semua itu akan diambil kira, namun pokoknya sekarang kita terikat dan mungkin terhad dari segi pilihan kerana kapal sudah siap. Jadi kita perlu cari sistem yang benar-benar boleh dilaksanakan penggantiannya dengan segera," katanya. Dalam perkembangan sama beliau berkata, isu yang berlaku itu turut meningkatkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Katanya, pembinaan kapal LCS ketika ini menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 30 peratus komponennya menggunakan produk tempatan.

"Saya gembira untuk menyatakan bahawa dalam kita membina kapal LCS, 30 peratus komponen datangnya daripada tempatan. Ini sesuatu yang sangat baik. Pada masa akan datang, sekiranya LUNAS dapat meningkatkan lagi penggunaan komponen tempatan, mungkin lebih banyak projek TLDM dapat diserahkan kepada syarikat itu," katanya

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

LCS NSM System Norwegian Alternative Defense Industry Reliance On Foreign Suppliers

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menyiasat dakwaan syarikat tempatan menerima dana asingSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menyiasat dakwaan syarikat tempatan menerima dana asingDakwaan penyalahgunaan dana asing untuk mempromosikan propaganda politik, sepertinya akan ditelusuri SPRM dan PDRM bagi menjamin kestabilan negara.
Read more »

AIA Malaysia hosts Generasi Malaysia 2026 concert for 10th anniversaryAIA Malaysia hosts Generasi Malaysia 2026 concert for 10th anniversaryAIA Malaysia announces a large-scale live music event celebrating 10th anniversary of AIA Vitality and promoting wellbeing.
Read more »

Malaysia's Meteorological Department (MetMalaysia) Issues Storm Warning Affecting Large Parts of Peninsular Malaysia, East Malaysia, and SabahMalaysia's Meteorological Department (MetMalaysia) Issues Storm Warning Affecting Large Parts of Peninsular Malaysia, East Malaysia, and SabahMetMalaysia has issued a thunderstorm warning for Peninsular Malaysia, East Malaysia, and Sabah due to heavy rain, strong winds, and lightning. The warning covers multiple districts and cities, including Kuala Lumpur, Putrajaya, and parts of Sarawak, Kapit, Bintulu, Miri, and Limbang.
Read more »

Pembatalan NSM: Malaysia hantar notis tuntutan lebih RM1 bilionPembatalan NSM: Malaysia hantar notis tuntutan lebih RM1 bilionNotis tuntutan rasmi telah dihantar hari ini.
Read more »



Render Time: 2026-05-19 09:24:39