Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) di Terengganu: Rampasan RM23.1 Juta

Security News

Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) di Terengganu: Rampasan RM23.1 Juta
Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu)KPDN Negeri TerengganuWakaf Tapai

Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) yang dilaksanakan di Terengganu menunjukkan keberkesanan apabila merekodkan rampasan bernilai lebih RM23.1 juta di seluruh negara. Ketua Pengarah Penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam berkata, sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 42,894 pemeriksaan dijalankan melibatkan pelbagai premis dan lokasi strategik di seluruh negara.

AZMAN Adam (dua dari kanan) meninjau program Jualan Rahmah semasa hadir sempena Hari Penguatkuasa Ke-54 Peringkat KPDN Negeri Terengganu di Wakaf Tapai , Marang , Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY MARANG : Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) yang dilaksanakan bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan barangan kawalan menunjukkan keberkesanan apabila merekodkan rampasan bernilai lebih RM23.1 juta di seluruh negara sehingga semalam.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam berkata, sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 42,894 pemeriksaan dijalankan melibatkan pelbagai premis dan lokasi strategik di seluruh negara. Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 556 kes direkodkan membabitkan penyelewengan barangan kawalan seperti diesel, petrol dan gas petroleum cecair (LPG).

"Seramai 161 individu turut ditahan bagi membantu siasatan manakala nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,172,355.91. Daripada keseluruhan kes direkodkan, penyelewengan melibatkan diesel mencatat jumlah tertinggi iaitu 249 kes diikuti petrol sebanyak 119 kes," katanya pada majlis sambutan Hari Penguatkuasa Ke-54 peringkat KPDN Negeri Terengganu di sini. Azman berkata, berdasarkan statistik semasa, Sarawak merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan penyelewengan diesel iaitu sebanyak 91 kes diikuti Sabah dan Johor.

Katanya, bagi kes melibatkan petrol pula, Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Sabah manakala Sabah turut merekodkan kes tertinggi bagi penyelewengan LPG sebelum diikuti Kedah.

"Secara keseluruhannya, hampir semua kategori kes tertinggi direkodkan di Sabah dan perkara itu menunjukkan keperluan kepada kerjasama lebih menyeluruh antara pelbagai kementerian serta agensi penguat kuasa. "Sehubungan itu, KPDN sentiasa bekerjasama rapat dengan kementerian dan agensi berkaitan termasuk dalam aspek perkongsian maklumat risikan bagi memastikan isu ketirisan dan penyeludupan dapat ditangani dengan lebih berkesan pada masa depan," katanya. Beliau berkata, kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara pelbagai agensi penguat kuasa dengan KPDN menerajui operasi di sektor daratan

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) KPDN Negeri Terengganu Wakaf Tapai Marang Terengganu Rampasan RM23.1 Juta Kes Penyelewengan Barangan Kawalan Seramai 161 Individu Turut Ditahan Nilai Keseluruhan Rampasan Dianggarkan Berjuml 172 355.91

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Fisherman Finds Rare Ambergris Off Terengganu CoastFisherman Finds Rare Ambergris Off Terengganu CoastA 58-year-old fisherman discovered a mysterious wax-like object while squid fishing near Kuala Kemasik. Initially mistaking it for a cork buoy, he later identified it as potential ambergris, a rare and valuable substance produced by sperm whales. The object weighed about 20kg but he only retrieved 5kg. It emitted a strong, pleasant fragrance, and he plans to send it to Universiti Malaysia Terengganu for verification. If confirmed, he is willing to sell it.
Read more »

Nelayan Terengganu Dakwa Jumpa Muntah Paus Berharga, Cecah Nilai Lebih RM100,000Nelayan Terengganu Dakwa Jumpa Muntah Paus Berharga, Cecah Nilai Lebih RM100,000Bahan tersebut dilaporkan boleh mencecah sehingga USD40,000 (kira-kira RM160,000) sekilogram.
Read more »

TFC Rekt Jagoan Terengganu, Nakal Motormatik 1-3TFC Rekt Jagoan Terengganu, Nakal Motormatik 1-3Pemain Terengganu FC Bermasalah di Liga Super, Takluk 1-3 ke Imigresen FC
Read more »

UMNO Terengganu terbuka terima individu fahami ‘rumah bangsa’UMNO Terengganu terbuka terima individu fahami ‘rumah bangsa’Selagi memahami perjuangan parti dan kepentingan rakyat.
Read more »



Render Time: 2026-05-16 05:21:34