Raja Muda Perlis Graces Closing Ceremony of International Tahfiz Arts and Sports Festival

Education News

Raja Muda Perlis Graces Closing Ceremony of International Tahfiz Arts and Sports Festival
Tahfiz EducationFIESTA 2026Perlis

Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, attended and officiated the closing ceremony of the International Tahfiz Arts and Sports Festival (FIESTA) 2026 in Kangar, Perlis. He emphasized the crucial role of tahfiz education in nurturing quality Quranic generations and shaping Muslim character, discipline, and strong identity. The festival provided a platform for students to discover and hone talents in various tahfiz-related fields. This year's FIESTA, organized by JAIPs in collaboration with MAIPs, aimed to promote tahfiz, Islamic sports, and arts internationally, featuring over 120 participants from Perlis tahfiz institutions and for the first time, from Thailand. The event also included prize presentations for Quranic memorization and traditional archery, and the launch of the Perlis State Tahfiz Certificate (STPs).

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Festival Sukan dan Seni Islam Tahfiz 2026 Peringkat Antarabangsa di Dewan Warisan, Kangar, Perlis .-UTUSANKANGAR: Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendidikan tahfiz antara tunjang utama dalam membina generasi al-Quran yang berkualiti di Perlis pada masa hadapan.

Baginda bertitah, pendidikan tahfiz bukan sahaja melahirkan para huffaz yang mampu menghafaz al-Quran dengan baik malah berperanan dalam membentuk peribadi seseorang Muslim. “Selain itu, ia membentuk Muslim berakhlak mulia, berdisiplin serta memiliki jati diri yang kukuh,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Festival Sukan dan Seni Islam Tahfiz 2026 Peringkat Antarabangsa di Dewan Warisan di sini.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan bahawa penganjuran FIESTA 2026 memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mencungkil bakat serta mengasah kemahiran dalam pelbagai bidang berkaitan dunia tahfiz al-Quran. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Izizam Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis , Maizura Shamsuddin.

FIESTA 2026 anjuran JAIPs dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bertujuan menyemarakkan budaya tahfiz, sukan dan seni Islam di peringkat antarabangsa. Festival tersebut melibatkan lebih 120 peserta terdiri daripada institusi maahad tahfiz di Perlis serta penyertaan antarabangsa dari Thailand iaitu buat julung-julung kalinya.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah bagi kategori hafazan al-Quran lelaki dan memanah tradisional lelaki selain melancarkan pelaksanaan Sijil Tahfiz Negeri Perlis . Pengurniaan hadiah bagi kategori hafazan al-Quran perempuan dan memanah tradisional perempuan pula telah disempurnakan oleh Tuanku Lailatul Shahreen.

Titah baginda, program seumpama itu turut menyemai nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan serta daya saing yang sihat dalam kalangan peserta. Penganjuran kali ini lebih istimewa dengan penglibatan pelajar-pelajar di bawah Majlis-Majlis Agama Islam dari Wilayah Andaman dan Wilayah Phatthalung juga di Thailand, sekali gus memperkukuh elemen antarabangsa dalam festival berkenaan.-UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Tahfiz Education FIESTA 2026 Perlis Islamic Arts And Sports Quranic Memorization

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sambutan Jubli Perak Raja Perlis diakhiri kenduri besar-besaranSambutan Jubli Perak Raja Perlis diakhiri kenduri besar-besaranSambutan Jubli Perak Raja Perlis diakhiri kenduri besar-besaran
Read more »

Ampang cops hunt driver in Taman Muda hit-and-run that left pedestrian seriously injuredAmpang cops hunt driver in Taman Muda hit-and-run that left pedestrian seriously injuredKUALA LUMPUR, April 15 — Police are looking for the driver who injured a pedestrian in a hit-and-run incident along Jalan Bunga Mawar, Taman Muda here at 8.19pm on Monday.Ampang...
Read more »

Hot Weather Boosts Perlis Harumanis Mango Yield and QualityHot Weather Boosts Perlis Harumanis Mango Yield and QualityGrowers in Perlis are experiencing a significant increase in Harumanis mango yields and improved fruit quality this year, attributing the success to the prevailing hot weather conditions. The heat has not only led to higher production but also enhanced the sweetness and overall appeal of the popular mango variety. One orchard operator reported a doubling of his harvest, with easier tree management and fewer fungal issues compared to previous seasons affected by rain. Another grower noted an earlier harvest period due to the favorable hot climate.
Read more »

Wolff faham tekanan pemandu F1Wolff faham tekanan pemandu F1Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes, Toto Wolff mengakui dia menggunakan pendekatan berbeza dalam menguruskan pemandu muda dengan mengambil kira tekanan besar yang wujud dalam dunia Formula Satu (F1).
Read more »

Over 200 anti-drug raids in Kedah, Perlis lead to 191 arrestsOver 200 anti-drug raids in Kedah, Perlis lead to 191 arrestsLONDON, April 15 (Reuters) - Arsenal manager ⁠Mikel Arteta said he was hugely grateful to his players for ⁠the boost they had given the club after a gritty ‌1-0 aggregate win over Sporting Lisbon on Wednesday earned them a place in the Champions League semi-finals.
Read more »

Exco Perlis jelas kekhilafan dakwaan promosi syarikat judi dalam talianExco Perlis jelas kekhilafan dakwaan promosi syarikat judi dalam talianExco Perlis jelas kekhilafan dakwaan promosi syarikat judi dalam talian
Read more »



Render Time: 2026-04-16 15:44:05