The Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) confirmed that all 50 vessels in the Global Sumud Flotila 2.0 mission were intercepted by the Israeli military, with the last vessel, the Zefiro and Alcyone, being detained 80 nautical miles from the Gaza coast. The detainees include 428 humanitarian activists from 40 countries and 29 Malaysians.
SEPANG: Pusat Kawalan Sumud Nusantara mengesahkan kesemua 50 kapal yang mengikuti misi Global Sumud Flotila 2.0 telah dipintas tentera rejim zionis Israel , malam tadi.
Kapal terakhir yang ditahan ialah Zefiro dan Alcyone yang dilapor berada ‘paling depan’ dan berada pada kedudukan 80 batu nautika dari pantai Gaza. Ketua Pengarah SNCC Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua peserta yang ditahan adalah seramai 428 aktivis kemanusiaan dari 40 negara termasuk 29 orang dari Malaysia. Beliau berkata, insiden itu menyaksikan semua kapal dalam misi bantuan kemanusiaan berdepan tindakan agresif termasuk dipintas secara haram, dikepung dan sebahagiannya diserang ketika cuba meneruskan perjalanan ke Gaza.
“Laporan awal serta bukti visual menunjukkan kapal Sirius diserang menggunakan water cannon bertekanan tinggi selain dirempuh secara agresif oleh sebuah kapal tentera laut Israel yang dikenal pasti dengan identiti A833D.“Kesemua aktivis terdiri daripada doktor, pengamal media, kapten, kru kapal serta pembela hak asasi manusia dipercayai ditahan dari kapal masing-masing di bawah ancaman senjata sebelum dipindahkan secara paksa ke kapal perang rejim,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Sani Araby berkata, berdasarkan pengesahan mutakhir bilik gerakan SNCC, empat lagi rakyat Malaysia disahkan antara yang ditahan.
“Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami dan Chin Shiau Weai yang berada di kapal Alcyone, Syed Amirul Syafiq Syed Iskandar serta Noor Thanisah Mohammad Tajudin . Dalam perkembangan sama, katanya, SNCC turut mengesahkan empat daripada 11 keseluruhan delegasi serantau dari Indonesia yang mewakili jaringan Sumud Nusantara turut ditahan. Mereka ialah Herman Budianto dan Ronggo Wirsano dari kapal Alcyone, manakala Asad Aras serta Hendro Prasetyo berada di kapal Kasri Sadabad.
SNCC menyifatkan insiden itu sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia dan menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa berhubung keselamatan semua aktivis yang terlibat. –
Israel Global Sumud Flotila 2.0 Pusat Kawalan Sumud Nusantara Detention Zefiro Alcyone
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Activists Detained by Israeli Navy in Gaza Aid MissionFive Malaysian-flagged ships carrying humanitarian aid to Gaza were intercepted by the Israeli Navy, resulting in the detention of several activists, including Zainal Rashid Ahmad, a prominent activist.
Read more »
Israel continues to intercept Malaysian ships in Gaza missionThe Israeli military has continued to intercept Malaysian ships in the Global Sumud Flotilla (GSF) mission, after another activist, Norazman Ishak, was transferred to a ship belonging to the flotilla near Cyprus. At least six Malaysian-owned ships have been intercepted, harassed, or directly interfered with by the Israeli Navy, as their mission to Gaza approaches.
Read more »
GSF 2.0: Eight Malaysians detained by Israeli forces in Gaza-bound flotilla interceptionSEPANG, May 18 — The Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) has confirmed that eight Malaysians participating in the Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 mission were detained by the...
Read more »
Rak Yakin Ditahan Sionis Ke GazaRak Yakin Ditahan Sionis Ke Gaza - CCTV rakaman menunjukkan anggota rejim Zionis telah menyerang aktivis kemanusiaan dengan senjata selepas naik ke atas kapal Global Sumud Flotilla (GSF). Lapan lagi rakyat Malaysia dipercayai telah ditahan pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan warga Malaysia yang ditahan kini seramai 16 orang.
Read more »
