Datuk Rashidi Zinol, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, mengulas data pendaratan ikan yang menunjukkan peningkatan daripada 472.44 tan pada 2023 kepada 496.57 tan tahun lalu, yang mengesahkan tiada kesan penurunan hasil tangkapan nelayan akibat pembangunan projek tersebut.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menyangkal dakwaan pembangunan projek Pulau Silikon menjejaskan hasil tangkapan nelayan di kawasan selatan pulau itu apabila data pendaratan ikan menunjukkan terdapat peningkatan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol berkata, jumlah pendaratan ikan yang diisytiharkan nelayan di kawasan Teluk Kumbar dan Batu Maung sebagai contoh, mencatatkan peningkatan daripada 472.44 tan pada 2023 kepada 496.57 tan tahun lalu. Katanya, perkembangan itu membuktikan tiada pengurangan ketara hasil tangkapan nelayan seperti didakwa sesetengah pihak sekali gus menyangkal dakwaan bahawa pembangunan tersebut telah menjejaskan sektor perikanan di kawasan berkenaan.
“Setakat maklum balas yang diperoleh juga menunjukkan bahawa nelayan di kawasan projek Pulau Silikon tidak mengalami keadaan tiada tangkapan hasil laut akibat kerja-kerja tersebut,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, hari ini. Rashidi menjawab soalan Mohamad Shukor Zakariah mengenai nasib nelayan yang didakwa semakin terhimpit akibat pembangunan dan peningkatan kos operasi.
Menurut Rashidi, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan komuniti nelayan melalui pelbagai intervensi termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan dan Skim Subsidi Diesel serta Petrol Nelayan bagi mengurangkan beban kos operasi. Katanya, kerajaan negeri tidak membayar pampasan kerana tiada nelayan atau penduduk yang perlu dipindahkan susulan kerja tambakan Pulau Silikon, namun, bayaran ex-gratia tetap disalurkan sebagai tanda ihsan dan komitmen sosial menerusi Pelan Pengurusan Impak Sosial .
“Sehingga kini, seramai 795 nelayan yang berdaftar dan layak telah menerima bayaran ex-gratia berjumlah RM11.85 juta,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain termasuk pemberian bot dan enjin lebih besar kepada nelayan, bantuan pendidikan untuk anak nelayan serta penubuhan Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad .
Menurutnya, di bawah Pelan Induk Pengimbangan Ekologi pula, sebanyak 25,000 ikan dan 52,000 udang telah dilepaskan selain penanaman 24,200 pokok bakau serta pemasangan tukun dan unjam bagi memastikan kelestarian ekosistem marin. –
Infrastruktur Pelancongan Ekonomi Politik Kerajaan Negeri Pulau Silikon Nelayan Datuk Rashidi Zinol Elau Sarah Hidup Nelayan Skim Subsidi Diesel Serta Petrol Nelayan Ex-Gratia Pemerangan Deria Nasi Lemak
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Datuk Mustapha Sakmud: Madani Government Committed to Strengthening Sabah's DevelopmentMinistry in the Prime Minister's Department for Sabah and Sarawak Affairs statement on the 13th Malaysia Plan (13MP) Rolling Plan 1 (RP1) projects in Sandakan area, involving RM2.17 billion in allocation for sectors like road infrastructure, water supply, education, security and environmental conservation.
Read more »
Kerajaan Cadang Kurangkan Lagi Kuota BUDI95 Kepada 150 LiterMemetik data penggunaan semasa, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, 60% daripada populasi menggunakan kurang daripada 150 liter petrol RON95.
Read more »
Datuk Seri Masidi Manjun appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairmanKOTA KINABULU, Malaysia, May 12, 2020 - Datuk Seri Masidi Manjun, the Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) deputy president, has been appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairman. The decision was made during the GRS supreme council meeting on Tuesday, May 12. The four other GRS deputy chairmen are Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Parti Cinta Sabah president Tan Sri Anifah Aman, Parti Harapan Rakyat Sabah president Tan Sri Liew Yun Fah, and Liberal Democratic Party president Datuk Chin Su Phin.
Read more »
Pulau Pinang perkasa sekolah lestariAGENDA kelestarian alam Pulau Pinang terus diperkukuh dengan sekolah terbabit Program Taskal, negeri berkenaan
Read more »
