Beyond the Breaking News

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim: PKR Kekal Kukuh, Bersatu Untuk Pertahankan 3R

POLITICS News

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim: PKR Kekal Kukuh, Bersatu Untuk Pertahankan 3R
PKRAngkatan Muda KeadilanProgram Sumbangan Komputer Riba

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menyatakan bahawa tindakan beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, meninggalkan parti itu tidak menjejaskan kedudukan PKR dalam mendepani arus politik tanah air. AMK melihat semua parti-parti Melayu di negara ini perlu bersatu dalam mempertahan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja sepertimana saranan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang pada Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Kota Bharu , Kelantan .

- UTUSAN/ROSMIZAN RESDIKOTA BHARU: Tindakan beberapa pemimpin PKR termasuk bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad meninggalkan parti itu tidak menjejaskan kedudukan PKR dalam mendepani arus politik tanah air. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, situasi yang berlaku hari ini bukan perkara baharu malah PKR sudah melalui pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya.

Katanya, kemelut terbesar berlaku pada 2020 melalui Langkah Sheraton apabila ramai pemimpin meninggalkan perjuangan sehingga ramai menjangkah PKR lumpuh.

"Namun tanggapan tersebut meleset selepas parti ini berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-11. "Alhamdulillah, PKR kekal kukuh malah terus menerima pertambahan anggota dari semasa ke semasa. Goyah? Tidak goyah pun.

Bahkan kita terus kekal kukuh. Ini sebahagian daripada proses demokrasi," katanya selepas Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Kota Bharu, di sini hari ini. Sementara itu, katanya, AMK melihat semua parti-parti Melayu di negara ini perlu bersatu dalam mempertahan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja sepertimana saranan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.

"Bagi saya perkara itu jelas. Saya tidak fikir orang Melayu bergaduh apabila bercakap soal mempertahan 3R. Perbezaan politik antara parti tidak seharusnya dilihat sebagai pertelagahan dalam mempertahan asas-asas penting negara.

"Pertama tentang kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, soal Raja-Raja Melayu dan juga bahasa," katany

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

PKR Angkatan Muda Keadilan Program Sumbangan Komputer Riba Bantuan Awal Ke Institusi Pengajian Tinggi Politeknik Kota Bharu Kelantan Tindakan Beberapa Pemimpin PKR Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli Nik Nazmi Nik Ahmad Pilihan Raya Umum Ke-15 PRU15 Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-11 Alhamdulillah Kekal Kukuh Pertahankan 3R Agama Islam Kedudukan Dan Hak Keistimewaan Orang Melayu Da Soal Raja-Raja Melayu Bahasa

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Semporna PKR chief quits party after 27 yearsSemporna PKR chief quits party after 27 yearsSEMPORNA: Semporna PKR chief Mohd Amin Abdul Mem (pic) has resigned from all party posts and quit PKR after 27 years, citing a shift away from the party’s original reformist principles.
Read more »

Amin Abdul Mem resigns as Sabah PKR vice-chairman, becoming latest exit in state chapterAmin Abdul Mem resigns as Sabah PKR vice-chairman, becoming latest exit in state chapterSeveral high-profile members of the Sabah PKR chapter, including vice-chairman Amin Abdul Mem, have resigned from the party. Other resignations included Razeef Rakimin and Artini Ali Taugan.
Read more »

Sabah PKR vice-chairman Amin Abdul Mem quits partySabah PKR vice-chairman Amin Abdul Mem quits partySINGAPORE: On freelance photographer and videographer Eugene Tan's LinkedIn profile picture sits a familiar ring styled after the professional networking platform's 'Open To Work' badge.
Read more »

Semporna PKR chief quits party after 27 years, cites shift from reformist idealsSemporna PKR chief quits party after 27 years, cites shift from reformist idealsSEMPORNA, May 23 — Semporna PKR chief Mohd Amin Abdul Mem has resigned from all party posts and quit PKR after 27 years, citing a shift away from the party’s original reformist...
Read more »



Render Time: 2026-05-23 10:09:39