Bumiputera Solar Companies Urged to Focus on Project Assessment Criticals

Business News

Bumiputera Solar Companies Urged to Focus on Project Assessment Criticals
Bumiputera Solar CompaniesProject AssessmentRenewable Energy

The Ministry of Energy Transition and Water Transformation (PETRA) has called on Bumiputera solar companies to pay close attention to critical project assessment aspects, including technical capability, financial strength, site suitability, and regulatory compliance. This was raised during a strategic engagement session in Putrajaya, aimed at strengthening local participation in renewable energy development, particularly through Large Scale Solar (LSS) and Battery Energy Storage System (BESS) programs. The session, chaired by Deputy Prime Minister Datuk Amar Fadillah Yusof, gathered over 100 participants from approximately 50 Bumiputera solar companies to gather insights and suggestions aligned with the National Energy Transition Roadmap (NETR) and Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PuTERA35).

Fadillah Yusuf bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai Sesi Libat Urus Strategik Bersama Syarikat Solar Bumiputera di Putrajaya semalam.PUTRAJAYA: Syarikat-syarikat solar Bumiputera juga diminta memberikan perhatian ke atas keperluan kritikal di peringkat penilaian projek, meliputi aspek keupayaan teknikal, kekuatan kewangan, kesesuaian tapak projek serta pematuhan kepada keperluan kelulusan pihak berkuasa.

Ia dibangkitkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada sesi libat urus Sesi Libat Urus Strategik Bersama Syarikat Solar Bumiputera semalam. PETRA dalam satu kenyataan memberitahu, sesi itu sebagai sebahagian daripada agenda strategik untuk memperkukuh penyertaan pemain tempatan dalam pembangunan industri tenaga boleh baharu , khususnya melalui program Large Scale Solar dan Battery Energy Storage System . Sesi itu telah dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri PETRA, Datuk Amar Fadillah Yusof dengan lebih daripada 100 peserta telah menghadiri sesi ini yang mewakili sekitar 50 syarikat solar bumiputera. Penganjuran sesi ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, buah fikiran dan cadangan berhubung industri solar, terutamanya melibatkan syarikat Bumiputera, sejajar dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 untuk memperluas peluang ekonomi Bumiputera dalam sektor peralihan tenaga. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, program LSS telah berkembang secara progresif daripada projek berskala kecil kepada kapasiti berskala besar, dengan jumlah kapasiti mencecah lebih 6,000 MW melalui enam pusingan pelaksanaan. Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir Guntor Tobeng ketika mengambil bahagian pada sesi soal jawab dalam Sesi Libat Urus Strategik Bersama Syarikat Solar Bumiputera di Putrajaya semalam. Ini termasuklah peruntukkan kuota khas untuk syarikat SME dan Bumiputera semasa program Large Scale Solar pusingan ke-5 . Sesi libat urus semalam dimulakan dengan taklimat daripada Suruhanjaya Tenaga yang menekankan bahawa pelaksanaan program LSS dan BESS adalah berteraskan empat prinsip utama, iaitu memastikan kestabilan grid, menawarkan kos yang paling kompetitif kepada pengguna, menjamin kebolehlaksanaan projek yang tinggi, serta membangunkan ekosistem industri tempatan termasuk penyertaan Bumiputera. Syarikat-syarikat solar Bumiputera juga diminta untuk memberikan perhatian ke atas keperluan kritikal di peringkat penilaian projek, meliputi aspek keupayaan teknikal, kekuatan kewangan, kesesuaian tapak projek serta pematuhan kepada keperluan kelulusan pihak berkuasa. Sesi libat urus ini diteruskan dengan sesi soal jawab di antara PETRA dan agensi-agensi dibawahnya bersama peserta-peserta dari syarikat Bumiputera. PETRA mengambil maklum secara serius isu-isu yang dibangkitkan oleh pemain industri Bumiputera, termasuk kekangan pembiayaan, keperluan pengalaman, struktur tarif dan caj, mekanisme pasaran yang lebih kompetitif dan cadangan program-program TBB yang boleh diketengahkan. Selain bertujuan untuk mendapatkan pandangan, sesi ini diharap akan dapat mewujudkan sinergi sesama syarikat-syarikat solar Bumiputera untuk bergabung tenaga bagi membangunkan projek-projek solar berskala lebih besar dan sekali gus meningkatkan daya saing perusahaan Bumiputera. PETRA juga berharap sesi ini menjadi pencetus kepada penyertaan orang ramai dikalangan Bumiputera dalam pekerjaan berkemahiran tinggi, serta memperkukuh ekosistem industri tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti. Selaras dengan agenda kemampanan menerusi aspirasi Malaysia MADANI, PETRA komited untuk terus memperkukuh kerangka dasar dan pelaksanaan program tenaga boleh baharu yang dapat menyokong agenda penyahkarbonan negara dengan menjadikan Bumiputera sebagai pemain utama dalam ekosistem tersebut dan sekali gus menyumbang ke arah sasaran 70% kapasiti Tenaga Boleh Baharu negara menjelang 2050.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Bumiputera Solar Companies Project Assessment Renewable Energy PETRA LSS

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia and Australia Deepen Energy Security Cooperation Amidst Middle East TensionsMalaysia and Australia Deepen Energy Security Cooperation Amidst Middle East TensionsMalaysian Prime Minister Anwar Ibrahim and Australian Prime Minister Anthony Albanese met to bolster bilateral ties and address energy security challenges exacerbated by geopolitical tensions in West Asia. Both nations pledged to enhance energy supply chain resilience, deepen regional cooperation, and support the energy transition, recognizing their intertwined energy security relationship and commitment to open, rules-based trade.
Read more »

Malaysia to prioritise domestic energy needs before deepening Australia ties, says AnwarMalaysia to prioritise domestic energy needs before deepening Australia ties, says AnwarLONDON, April 15 (Reuters) - Arsenal manager ⁠Mikel Arteta said he was hugely grateful to his players for ⁠the boost they had given the club after a gritty ‌1-0 aggregate win over Sporting Lisbon on Wednesday earned them a place in the Champions League semi-finals.
Read more »

Singapore stresses energy security urgency for Asia amid West Asia conflict, says PM WongSingapore stresses energy security urgency for Asia amid West Asia conflict, says PM WongSINGAPORE, April 16 — Singapore has underscored energy security as an urgent priority for Asian countries amid the ongoing West Asia conflicts, said Singapore Prime Minister...
Read more »

Selangor Explores Nuclear Power and Diversifies Energy Mix for Long-Term SecuritySelangor Explores Nuclear Power and Diversifies Energy Mix for Long-Term SecuritySelangor is accelerating its transition to a diversified and resilient energy mix, including exploring nuclear power, to address geopolitical instability and volatile global energy prices. The state government, led by Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, aims to reduce reliance on conventional sources like gas and coal, focusing on solar, hydrogen, and biodiesel. A 5.1MW mini hydrogen plant powered by a run-of-river hydro scheme has already been completed in Kerling, Hulu Selangor, capable of supplying power to 12,900 homes.
Read more »

Malaysia Tackles Surge in Fake Content on Global Energy Crisis and Strait of HormuzMalaysia Tackles Surge in Fake Content on Global Energy Crisis and Strait of HormuzCommunications Minister Datuk Fahmi Fadzil announced that 299 pieces of fake content related to the global energy crisis have been removed by social media platforms, with ongoing efforts to address the remaining identified misinformation. Investigations are also underway for content concerning the Strait of Hormuz, highlighting the proactive stance against the spread of false narratives.
Read more »

Malaysia Encourages Solar ATAP Adoption to Enhance Energy Self-Sufficiency and Mitigate Price VolatilityMalaysia Encourages Solar ATAP Adoption to Enhance Energy Self-Sufficiency and Mitigate Price VolatilityThe Malaysian government is actively promoting the Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) and the Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) to encourage both domestic and non-domestic consumers to embrace rooftop solar installations and secure long-term green electricity supply. These initiatives aim to bolster energy independence and safeguard against the unpredictable effects of the global energy crisis and electricity price fluctuations. The Ministry of Energy Transition and Water Transformation is also enhancing Solar ATAP for domestic users and highlighting energy-efficient practices like setting air conditioning to 24°C and utilizing the Time of Use (ToU) scheme.
Read more »



Render Time: 2026-04-25 09:18:26