This article provides guidance for helping teenagers dealing with depression, including avoiding pressure and judgment, being patient and empathetic, understanding that symptoms are a response to stress rather than behavior, and gradually resuming daily routines.
ipar saya mungkin mengalami kemurungan. Tidak mahu ke sekolah, berkurung dalam rumah main game. Bila suami ajak berbincang adik mengelak dan marah-marah. Ibu ayah mentua sudah malas untuk mengambil tahu pasal adik.
Bagaimana cara kami bantu adik? Kemurungan dalam kalangan remaja di peringkat awal sering tidak disedari oleh orang sekeliling. Mereka mungkin dilihat seperti “malas”, suka menyendiri, tidak mahu ke sekolah, mengelakkan diri dengan bermain game. Namun, hakikatnya mereka mungkin sedang bergelut dengan emosi yang berat.
Dalam keadaan ini, sokongan keluarga yang prihatin sangat penting untuk membantu mereka pulih secara perlahan dan selamat. Berikut panduan untuk puan:Elakkan memaksa adik untuk bercakap atau keluar dari bilik secara drastik. Individu yang murung biasanya mudah rasa tertekan apabila dipaksa. Sebaliknya, dekati dengan kata-kata yang lembut dan tunjukkan kesediaan untuk anda mendengar luahan mereka.
Dengar tanpa menghakimi Apabila adik mula bercakap, elakkan daripada memberi nasihat terlalu awal atau menyalahkan. Fokus kepada mendengar dan memahami perasaan mereka. Kadang-kadang mereka hanya perlukan ruang untuk “didengari”, bukan memerlukan penyelesaian segera. Perubahan emosi seperti marah, mengelak atau mendiamkan bukan bermaksud mereka tidak sukakan ahli keluarga.
Ia adalah simptom tekanan emosi. Keluarga perlu faham bahawa ini adalah keadaan kesihatan mental, bukan sikap semata-mata dan ia perlukan bantuan untuk bangkit semula. Bantu adik kembali kepada rutin asas harian secara berperingkat seperti mandi, makan atau keluar bilik walaupun sekejap. Jangan paksa perubahan besar sekaligus.
Langkah kecil lebih berkesan untuk pemulihan emosi di peringkat awal. Jika keadaan ini berlarutan, penting untuk bawa adik mendapatkan bantuan daripada kaunselor, psikologis atau doktor. Mereka boleh menilai keadaan sebenar dan memberi rawatan atau intervensi yang sesuai untuk adik anda. Walaupun ahli keluarga lain mula penat untuk mengambil tahu keadaan adik, pastikan ada sokongan yang konsisten daripada ahli keluarga lain.
Kehadiran emosi yang stabil dalam keluarga boleh membantu adik rasa lebih selamat dan tidak merasa keseorangan. Kemurungan bukan kelemahan, tetapi keadaan kesihatan emosi yang memerlukan perhatian dan sokongan. Dengan bantuan yang tepat, individu ini masih berpeluang untuk pulih menjadi orang yang sihat.
Depression Teenagers Caring For Teenagers How To Help Emotional Stress Symptoms Professional Assistance
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Police hunt man accused of confining, abusing, sodomising teenage boyThe police are searching for a man who allegedly confined, abused, and sodomised a teenage boy at an apartment in Bukit Kemuning on 11 May.
Read more »
Malaysia Ordered Missiles Eight Years Ago, Norway Cancelled The Deal Days Before DeliveryPrime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim called it unacceptable and took it directly to his Norwegian counterpart; he said signed contracts are solemn instruments, not confetti.
Read more »
Jane Schoenbrun reshapes slasher genre with ‘Teenage Sex and Death at Camp Miasma’ premiere at CannesCANNES, May 14 — US filmmaker Jane Schoenbrun’s new horror film, “Teenage Sex and Death at Camp Miasma”, was borne of a desire to remake a genre beloved by many...
Read more »
