Seven foreign nationals arrested for drug trafficking in KLIA and Kota Warisan

Crime News

Seven foreign nationals arrested for drug trafficking in KLIA and Kota Warisan
Drug TraffickingKLIAKota Warisan

Seven foreign nationals, including a couple in a relationship, were arrested for drug trafficking in Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and Kota Warisan, Selangor, Malaysia. The suspects were caught after receiving payments in Euros and Pounds Sterling to bring drugs from Malaysia to other countries.

SHAZELI Kahar menunjukkan ketulan mampat bunga ganja dirampas dalam tiga serbuan di KLIA dan Kota Warisan pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini.

- UTUSAN / AFIQ RAZALISHAH ALAM: Tujuh warga asing termasuk pasangan kekasih yang keldai dadah ditahan dalam tiga serbuan berasingan dekat Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kota Warisan, Sepang, akhir bulan lalu. Dalam kesemua serbuan tersebut polis merampas kira-kira 156.7 kilogram (kg) bunga dadah dengan nilai keseluruhan RM12.6 juta.

Ketujuh-tujuh suspek dikesan dari di Eropah itu dipercayai menerima bayaran dalam mata wang Euro iaitu 3,000 hingga 5,000 (RM13,796 – RM22,994) dan juga Pound Sterling sebanyak 5,000 (RM26,543) untuk membawa dadah dari negara ini ke sana. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan pertama oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA pada 28 April menahan empat suspek termasuk pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 27 tahun.

Katanya, penahanan tiga lelaki dan seorang wanita itu dibuat susulan polis bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) mengesan empat bagasi yang mencurigakan semasa melalui mesin imbasan di terminal berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas kesemua bagasi itu menemukan 64 bungkusan plastik ketulan mampat bunga ganja dengan anggaran berat berjumlah 67.2kg. Polis turut menyita wang tunai RM580, 20 Euro serta seutas jam tangan mewah bernilai RM80,000.

“Dalam serbuan kedua, seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan pada 30 April selepas polis bantuan MAHB mengesan dua bagasi yang mencurigakan. Pemeriksaan menemukan 59 bungkusan plastik ketulan mampat bunga ganja seberat kira-kira 29.5kg,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Tambahnya, penahanan suspek terbabit membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Kota Warisan oleh BSJN IPD KLIA dan Sepang lalu menahan dua lagi suspek berusia 19 dan 25 tahun.

“Dalam serbuan tersebut polis turut merampas 109 bungkusan plastik ketulan mampat bunga ganja seberat 60kg,” jelasnya. Shazeli berkata, enam daripada tujuh suspek ditahan itu didapati positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan dan masing-masing direman tujuh hingga 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial bagi menjalankan aktiviti pengedaran dadah. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rekod kesalahan di negara ini.

“Orang ramai diingatkan agar tidak terlibat sebagai keldai dadah walaupun ditawarkan dengan upah lumayan dan tidak membawa bagasi milik orang lain tanpa mengetahui kandungannya,” ujarnya

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Drug Trafficking KLIA Kota Warisan Malaysia Foreign Nationals Euros Pounds Sterling

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Cops nab seven over fatal robbery, cable theft in Teluk IntanCops nab seven over fatal robbery, cable theft in Teluk IntanMELBOURNE: Oil prices fell for a second day on Wednesday on expectations bottled up supply from the key Middle East producing region could resume flowing after U.S. President Donald Trump indicated a possible peace deal may be reached to end the war with Iran.
Read more »

Perak police arrest seven men in Teluk Intan fatal robbery, cable theft probePerak police arrest seven men in Teluk Intan fatal robbery, cable theft probeTELUK INTAN, May 6 — Police have arrested seven local men believed to be involved in a fatal robbery and cable theft cases around Teluk Intan.Hilir Perak district police chief...
Read more »

Seven detained over fatal robbery, cable theftSeven detained over fatal robbery, cable theftMELBOURNE: Oil prices fell for a second day on Wednesday on expectations bottled up supply from the key Middle East producing region could resume flowing after U.S. President Donald Trump indicated a possible peace deal may be reached to end the war with Iran.
Read more »

KLIA Aerotrain To Resume 24-Hour Operations By The End Of May, Says LokeKLIA Aerotrain To Resume 24-Hour Operations By The End Of May, Says LokeAccording to Transport Minister Anthony Loke, the KLIA aerotrain service could resume 24-hour operations by the end of the month.
Read more »



Render Time: 2026-05-14 04:10:16