Malaysia's demographic structure is shifting towards an aging population, with the percentage of the young population decreasing, while the elderly population is increasing. The Chief Statistician, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, announced this in a statement regarding the demographic projection for Malaysia in 2026.
PETALING JAYA: Malaysia terus berdepan perubahan struktur demografi apabila peratusan golongan muda semakin menurun, sementara negara terus bergerak ke arah menua. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd.
Uzir Mahidin berkata, bagi suku pertama 2026, komposisi penduduk tua berusia 65 tahun ke atas meningkat 0.1 peratus iaitu daripada 7.9 peratus kepada 8.0 peratus. Penduduk muda berusia 0 hingga 14 tahun merekodkan penurunan daripada 21.8 peratus kepada 21.6 peratus.
“Penduduk umur bekerja berusia 15 sehingga 64 tahun meningkat daripada 70.3 peratus kepada 70.4 peratus bagi tempoh yang sama” katanya dalam kenyataan mengenai perangkaan demografik Malaysia bagi suku tahun pertama 2026. Mohd. Uzir berkata, bilangan penduduk lelaki meningkat kepada 18 juta berbanding 17.9 juta tahun lalu manakala penduduk perempuan bertambah kepada 16.3 juta berbanding 16.2 juta dalam tempoh sama.
“Nisbah jantina ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 102 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya. Mohd. Uzir turut menyatakan, bilangan kelahiran hidup terus merekodkan penurunan sebanyak 3.1 peratus kepada 94,807 kelahiran berbanding 97,843 kelahiran.
“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 49,137 kelahiran berbanding 45,670 kelahiran. Nisbah jantina ketika lahir ialah 108 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya. Selangor merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 17,990 kelahiran manakala kelahiran hidup terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 294 kelahiran 0.3 peratus. Selain itu, ibu berumur 30 sehingga 39 tahun mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 50,917 kelahiran atau 53.7 peratus diikuti ibu berumur 20 hingga 29 tahun mencatatkan 38.4 peratus.
“Bagi ibu berumur 40 tahun dan lebih dan kurang daripada 20 tahun . Secara purata, seorang bayi dilahirkan bagi setiap satu minit, 44 bayi bagi setiap jam dan 1,053 bayi sehari pada suku pertama 2026,” katanya. Katanya, sebanyak 49,139 kematian telah direkodkan, menurun 1.5 peratus berbanding suku tahun pertama 2025 .
“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,162 manakala 20,977 kematian bagi perempuan. Nisbah jantina kematian ialah 134 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 8,042 kematian manakala Wilayah Persekutua Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 81 kematian . “Penduduk berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi dengan 35,130 kematian , diikuti 41 hingga 59 tahun ,15 hingga 40 tahun dan 0 hingga 14 tahun ,” katanya. –
Malaysia Demographic Structure Aging Population Youth Population Population Aging Demographic Projection Chief Statistician Dr. Mohd. Uzir Mahidin Percentage Of Elderly Decline In Youth Population Increase In Elderly Population Population Aging Trend Demographic Changes Demographic Structure Changes Population Aging In Malaysia Youth Population In Malaysia Elderly Population In Malaysia Demographic Changes In Malaysia Demographic Structure Changes In Malaysia
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Airlines, Firefly offer RM499 festive fares to East Malaysia, add 62 extra flightsKUALA LUMPUR, May 13 — Malaysia Aviation Group (MAG), through Malaysia Airlines and Firefly, is supporting increased travel demand ahead of the upcoming Hari Raya Aidiladha,...
Read more »
Apple plans customisable camera for Pros, Siri design changes in iOS 27SEOUL: A suspected leader of a hacking ring accused of stealing more than 38 billion won (US$25 million) from victims' bank and cryptocurrency accounts was extradited to South Korea from Bangkok on Wednesday (May 13), the Justice Ministry said
Read more »
Malaysia Airlines, Firefly offering subsidised festive fares for East Malaysia tripsMalaysia Airlines will also operate an additional 62 flights across high-demand routes to Sabah and Sarawak.
Read more »
Exclusive-New York, California pension leaders oppose 'extreme' SpaceX control structurePUTRAJAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli has returned to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to voluntarily submit additional evidence on the ongoing probe related to the RM1.1bil investment with UK-based Arm Holdings plc.
Read more »
