Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, the MP for Tanah Merah, has decided not to challenge his suspension from Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) for two terms starting from May 8. He believes the decision was made after he was accused of violating Fasal 9.1.4 of the Bersatu constitution and the Bersatu Code of Ethics and Conduct. He also questions the rationale behind considering attending political programs as a violation.
TANAH MERAH: Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak akan mengemukakan rayuan bersabit keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menggantung keahliannya selama dua penggal bermula 8 Mei lalu.
Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti itu diterima dengan hati terbuka tanpa sebarang penyesalan selepas didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.
“Saya tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap hukuman yang dikenakan. Ini kerana kesalahan yang dilakukan juga boleh dipersoalkan.
“Apa salah saya menghadiri program yang dianjurkan oleh individu yang telah digantung dan dipecat parti sedangkan ia sebagai tanda simpati kepada sahabat seperjuangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ikmal Hisyam berkata, beliau menerima Notis Tunjuk Sebab bertarikh 29 April lalu susulan aduan diterima Lembaga Disiplin pada 20 April 2026.
Katanya, antara dakwaan terhadap beliau adalah menghadiri program politik yang dianjurkan individu yang telah digantung dan dipecat parti selain hadir ke Program Aidilfitri ‘Reset Malaysia’ pada 10 April lalu.
“Saya hairan kenapa kehadiran ke majlis seumpama itu yang bertujuan mengeratkan silaturahim dan meraikan Aidilfitri dianggap satu kesalahan,” soalnya. Ikmal Hisham mendakwa tindakan tersebut mempunyai niat untuk menghalangnya daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 . Katanya, kedudukan beliau sebagai calon pilihan raya tidak ditentukan oleh Bersatu sebaliknya rakyat di kawasan Parlimen Tanah Merah.
“Saya akan tetap bertanding jika rakyat Tanah Merah terus menyokong saya walaupun bukan lagi di bawah payung Bersatu. “Saya juga akan terus bersuara atas nama Perikatan Nasional memandangkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen gabungan tersebut dan bertanding menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu,” katanya. Menyentuh hala tuju politiknya, Ikmal Hisham berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan memandangkan statusnya ketika ini hanyalah digantung dan bukannya dipecat daripada parti. Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz Suspension Fasal 9.1.4 Bersatu Code Of Ethics And Conduct Political Program Clarification Pilihan Raya Umum Ke-16 Aidilfitri Political Party Political Program Allegations
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bersatu Youth Prepares for Possible Snap Elections Amid Political TensionsBersatu Youth announces intensified preparations for potential early general and state elections in Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, and Pahang, citing political tensions between Pakatan Harapan and Barisan Nasional. The wing plans to assess constituencies, restructure leadership, and decentralize training to strengthen its election machinery.
Read more »
UMNO Sedia Melaksanakan Kembali Círculos Peligrosos Bersatu, Termasuk Pendiri: Lembaga Disiplin Bersatu Mula-mula Memecat Dua Ahli Parlimen, Ini Ahli Yang DigantungSetiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan kemana UMNO sedia menerima kembali ahli Bersatu, termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung.
Read more »
Datuk Seri R. Ramanan Defends His Seat as High-Risk Area Unfazed by Opposition's AnalysisDatuk Seri R. Ramanan, the Human Resources Minister and PKR vice-president, discusses his voters' turnout and service-oriented activities in response to a recent report categorising his Sungai Buloh parliamentary seat as high-risk.
Read more »
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM31 juta bagi Pulau Banggi, SabahDatuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan peruntukan khas bernilai lebih RM31 juta bagi tujuan meningkatan lagi pembangunan di Pulau Banggi, Sabah. Beliau mengumumkannya ketika mengadakan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi.
Read more »
