Dakwaan mengatakan bahawa bapa kepada salah seorang suspek kes tikam penuntut kolej sehingga mati di Ketereh, Kelantan pada 1 Mei lalu mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak benar sama sekali, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Polis Kelantan juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama berhubung perkara itu sebelum ini.
Dakwaan mengatakan bahawa bapa kepada salah seorang suspek kes tikam penuntut kolej sehingga mati di Ketereh, Kelantan pada 1 Mei lalu mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak benar sama sekali.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis Kelantan juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama berhubung perkara itu sebelum ini.
"Memang suspek itu tidak ada kaitan dengan anak polis pun. Tak ada kaitan langsung. Kita telah bebaskan (dua suspek warga emas) dan lagi dua suspek yang berusia 19 tahun ini pun memang kita akan bebaskan dengan jaminan.
"Kita akan tunggu. Kalau dapat arahan untuk pertuduhan, maka, kita akan tuduhlah," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut yang masih tular di media sosial ketika ini. Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti & Majlis Peluncuran Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang di padang kawad Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Simah, Ketereh itu, mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, mangsa dipercayai mati dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pasukan forensik ke atas tubuh wanita berkenaan
Law Enforcement Politics Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay Polis Diraja Malaysia Polis Kelantan Karnival Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti Tamak Tikam Penuntut Kelantan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mother runs 90m for help after son, 12, is strangled by concrete block, diesA mother in Kelantan, Malaysia, jumped over 90 meters to seek help after witnessing her son being suffocated by a concrete block while playing near their home, leading to his death.
Read more »
Laporan polis terhadap pihak menyamar wakil Menteri KPDNPAPAR: Pejabat Parlimen Papar membuat laporan polis berhubung kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menyamar sebagai pembantu peribadi (PA) atau
Read more »
Polis berkas suspek kes remaja dikelar di PenampangPENAMPANG: Polis berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang remaja warga asing yang ditemukan cedera parah di dalam tandas di sebuah ruma
Read more »
From waste to income: Kelantan retiree turns discarded coconut husks into high‑demand planting productsTANAH MERAH, May 10 — For most people, coconut husks are just waste that are burned or discarded, but for a retiree in Kampung Batu Hitam here, it is viewed as ‘gold’ that...
Read more »
