Immigration Department Approves Placement Transfers, Mourns Officer's Death

National News News

Immigration Department Approves Placement Transfers, Mourns Officer's Death
Immigration DepartmentPlacement TransfersOfficer Death

The Malaysian Immigration Department has approved over 1,300 placement transfer requests for its officers and staff. The department also expressed condolences for officer Azman Mazni, who died in a road accident while commuting over 700km weekly to visit his family. His transfer request was under consideration.

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menerima 2,860 permohonan pertukaran penempatan anggota dan pegawai dengan 1,332 daripadanya telah diluluskan. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penempatan pegawai dibuat berdasarkan keperluan perkhidmatan melibatkan waran perjawatan, kekosongan serta kesesuaian gred.

“Kebajikan warga kerja Jabatan Imigresen sentiasa menjadi keutamaan termasuk aspek penempatan dan pertukaran pegawai,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Zakaria menzahirkan simpati terhadap anggotanya di Sabah, Azman Mazni yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 25 April lalu ketika pulang dari bertugas. Kisah Azman menarik perhatian ramai apabila dia sanggup menempuh perjalanan lebih 700 kilometer hampir setiap minggu untuk bertemu keluarganya, sebelum maut dalam kemalangan Sabtu lalu.

“Sesungguhnya kehilangan ini amat dirasai. Allahyarham Azman bukan sahaja seorang suami, ayah dan anak yang dikasihi, malah sebahagian daripada keluarga besar Jabatan Imigresen.

“Seluruh warga JIM menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya. Menurut Zakaria, permohonan pertukaran Allahyarham yang dikemukakan pada 10 Ogos 2025 berada dalam senarai pertimbangan berdasarkan keutamaan semasa.

“JIM akan terus menambah baik urusan penempatan dan memberi sokongan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham,” katanya. Perkongsian menyayat hati kisah Allahyarham Azman dimuat naik rakannya, S Faizzul Syar di Facebook, memaklumkan menerima berita nahas tersebut pada pukul 9.45 malam Sabtu lalu. Faizzul berkata, Allahyarham yang bertugas di Depot Imigresen Papar baru sahaja menghantar mesej dalam kumpulan WhatsApp pada pukul 8 malam hari kejadian.

Katanya, Allahyarham merupakan suami, bapa dan anak yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga walaupun terpaksa berulang-alik sejauh 700 km dari Sabah ke Sarawak. Menurutnya, Allahyarham berulang-alik menunggang motosikal dari pejabatnya di Papar ke Miri atau Sibu, Sarawak untuk bertemu ibu, isteri dan anak-anaknya.

“Pengorbanan seorang suami, ayah dan anak, hampir setiap minggu bawa motosikal dari Depot Imigresen Papar ke rumah di Miri atau Sibu. “Di Miri, ada ibu yang perlu dijaga, di Sibu ada isteri dan anak. Perjalanan melebihi 700 km merentasi Brunei,” katanya. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Immigration Department Placement Transfers Officer Death Sabah Road Accident

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ahmad Zahid Supports Upgrading KPDN Enforcement Division to DepartmentAhmad Zahid Supports Upgrading KPDN Enforcement Division to DepartmentDeputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi advocates for the KPDN Enforcement Division to be upgraded to a department to enhance its capacity in handling complex consumerism and enforcement issues, including domestic trade, subsidy leakage, and cross-border smuggling. The proposal was discussed during the 54th KPDN Enforcement Day celebration and the launch of the National Consumer Policy 2.0 in Cyberjaya.
Read more »

Ahmad Zahid Proposes Upgrading Domestic Trade Enforcement Division to DepartmentAhmad Zahid Proposes Upgrading Domestic Trade Enforcement Division to DepartmentDeputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi suggests upgrading the Domestic Trade and Cost of Living Ministry's enforcement division to a department to better handle growing consumer and trade issues. He emphasizes the need for enhanced capabilities, including technological advancements, to address cross-ministerial challenges. The ministry is studying the proposal, which has been discussed at the Cabinet level.
Read more »

Badminton Scoring System Overhauled: BWF Approves 3x15 FormatBadminton Scoring System Overhauled: BWF Approves 3x15 FormatThe Badminton World Federation (BWF) has approved a new scoring system, changing matches from 3x21 to 3x15, effective January 4, 2027. The change aims to modernize the sport, reduce match lengths, and enhance player welfare, but has sparked debate within the badminton community.
Read more »

Water Department keeping tabs on water supply at Country HeightsWater Department keeping tabs on water supply at Country HeightsTHE Water Department is keeping an eye on the distribution line leading to Country Heights Apartments to try and ease inconvenience caused by the erratic supply
Read more »

166 Filipinos repatriated via the State’s sea entry point166 Filipinos repatriated via the State’s sea entry pointTHE Sabah Immigration Department repatriated 166 Filipinos through a scheduled repatriation programme via the State’s sea entry point, Tuesday (pic).
Read more »

Immigration Department Mourns Officer Killed in Road Accident, Addresses Transfer PoliciesImmigration Department Mourns Officer Killed in Road Accident, Addresses Transfer PoliciesThe Immigration Department expresses condolences for the death of officer Azman Mazni in a road accident while traveling home. Director-General Datuk Zakaria Shaaban explains that staff transfers are based on service needs and welfare, with 1,332 out of 2,860 applications approved between 2023 and 2025. Azman had requested a transfer to Sarawak to be closer to his family.
Read more »



Render Time: 2026-05-04 20:07:51