ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun menjadi mangsa cubaan culik

Crime News

ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun menjadi mangsa cubaan culik
CrimeAlor SetarPelajar Perempuan

ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai menjadi mangsa cubaan culik oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, di sini semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 8.26 malam itu, mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum melarikan diri ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

ALOR SETAR : Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai menjadi mangsa cubaan culik oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.26 malam itu, mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum melarikan diri ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.45 petang, hari ini daripada mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

"Siasatan awal mendapati mangsa sedang berjalan melalui lorong di Pekan Simpang Kuala sebelum didatangi secara tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal. Suspek kemudian berhenti di hadapan mangsa lalu memeluk serta menutup mulut mangsa menggunakan tangan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Menurut beliau, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan mangsa selain menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bersama pasukan forensik dan detektif.

"Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bagi mendapatkan sampel di tempat kejadian. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis," ujarnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Crime Alor Setar Pelajar Perempuan Cubaan Culik Lelaki Tidak Dikenali Lorong Di Pekan Simpang Kuala Pukul 8.26 Malam Menggigit Tangan Suspek Melarikan Diri Ke Sebuah Pusat Tuisyen Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JS Pihak Polis Orang Ramai Yang Mempunyai Maklumat Seksyen 363 Dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Te

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

SKILLBOX@Kelab Malaysiaku bentuk pemimpin masa depanSKILLBOX@Kelab Malaysiaku bentuk pemimpin masa depanALOR GAJAH: Penganjuran program SKILLBOXKelab Malaysiaku Zon Semenanjung Tahun 2026 oleh JAPEN mencipta sejarah tersendiri
Read more »

Arwah bapa tonton saya diam-diam, pergi panggung seorang diriArwah bapa tonton saya diam-diam, pergi panggung seorang diriArwah bapa tonton saya diam-diam, pergi panggung seorang diri - Amerul Affendi
Read more »

SHAH ALAM: Suspek diburu polis berhubung kes mengurung dan meliwat seorang remajaSHAH ALAM: Suspek diburu polis berhubung kes mengurung dan meliwat seorang remajaA police suspect has been sought in connection with a case of kidnapping and molesting a 14-year-old boy near a house in Rimau Indah, Shah Alam, on the same day. The suspect is believed to be a former driver who has a history of sexual offenses against women.
Read more »

Lagi pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di KlangLagi pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di KlangSeorang penunggang motosikal bertarung nyawa selepas dirempuh seorang pemandu mabuk yang memandu di laluan bertentangan.
Read more »



Render Time: 2026-05-14 13:42:16