A Pakatan Harapan (PH) Johor leader claims the coalition would need a 'magic lamp' to repeat their 2018 victory over Barisan Nasional (BN) in the upcoming state elections. Mohd Puad Zarkashi sarcastically suggests PH's past success relied on deceptive tactics, but recent internal exposures by deputy PKR president Mohd Rafizi Ramli have weakened the coalition. PH once won 38 state seats in Johor, but Mohd Puad dismisses Aminolhuda Hassan's confidence, mocking his leadership and warning that Aminolhuda himself risks losing his parliamentary seat of Sri Gading.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan Johor memerlukan ‘lampu ajaib’ sekiranya berhasrat menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. PH sememangnya pernah berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 menerusi kempen fitnah dan janji kosong kepada rakyat.
“Memang boleh dengan syarat PH mampu memperoleh ‘lampu ajaib’ luar biasa kali kedua untuk membohongi rakyat seperti yang mereka buat pada tahun 2018,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan semasa Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini, mengenai tekad PH untuk menguburkan BN buat kali kedua di Johor pada Pilihan Raya Negeri akan datang selepas gabungan itu mengumumkan untuk bergerak secara solo.
Jelasnya, perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana pihaknya pernah memenangi sehingga 38 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, dahulu. Bagaimanapun, Mohd. Puad berkata, PH kini kehilangan ‘lampu ajaib’ tersebut susulan tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli yang dikatakan banyak membuat pendedahan sehingga menjejaskan gabungan itu sendiri. Jelasnya, Rafizi kini bukan lagi ‘lampu ajaib’, sebaliknya bertukar menjadi ‘lampu suluh’ yang mengkucar-kacirkan PH dengan pelbagai pendedahan yang didakwanya gagal dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut memperlekeh kemampuan Aminolhuda dengan mendakwa standard pemimpin PH Johor itu terlalu jauh berbanding Rafizi. Mohd Puad dalam masa sama turut menyindir Aminolhuda sendiri berdepan risiko ‘terkubur’ di kerusi Parlimen Sri Gading. –
PH Johor Barisan Nasional Johor Elections Mohd Rafizi Ramli Pakatan Harapan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MCA Menyokong BN Johor Bertanding Solo di PRN JohorMCA, sebagai parti komponen yang turut bermusyawarah dalam mencapai konsensus, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan BN Johor untuk bertanding solo di PRN Johor. Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, menyebut keputusan itu sebagai langkah terbaik untuk gabungan parti politik berkenaan, khususnya di negeri Johor.
Read more »
BN Johor 'tutup pintu' kerjasama dengan PHBN Johor 'tutup pintu' kerjasama dengan PH - Aminolhuda
Read more »
JOHOR BAHRU: One-off Sitting of JOHOR BN DUN Suspiciously Scheduled on June 24The potential holding of a One-off Sitting of JOHOR BN DUN on June 24 raised suspicion as it was accompanied by a WhatsApp message circulating among BN ADUNs in Johor, one day after the BN Johor Menteri Besar announced BN's intention to contest in all 56 Johor State Legislative Assembly (DUN) seats in the next election.
Read more »
Johor Pakatan Harapan maintains stance on contesting all state constituencies despite BN Johor's decisionJohor Pakatan Harapan (PH) confirmed their intention to compete in all 56 state constituencies in the upcoming polls, rejecting electoral cooperation with Barisan Nasional (BN) for the state elections.
Read more »
