Tiga lelaki warga Korea Selatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan menculik rakan senegara mereka di Raub, Pahang.

Criminal News

Tiga lelaki warga Korea Selatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan menculik rakan senegara mereka di Raub, Pahang.
Korea SelatanMenculik Rakan SenegaraMahkamah Sesyen Raub

Ketiga-tiga lelaki yang didakwa menculik rakan senegara mereka dan menuntut wang tebusan berjumlah 10 juta USDT (RM39.66 juta) kemudian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub di Raub, Pahang. Mereka dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan.

TIGA lelaki warga Korea Selatan diiringi polis ketika perbicaraan kes culik dan menahan rakan senegara di Mahkamah Sesyen Raub di Raub, Pahang. RAUB: Tiga lelaki warga Korea Selatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menculik dan menahan secara salah seorang rakan senegara mereka sebelum didakwa menuntut wang tebusan berjumlah 10 juta mata wang kripto Tether atau RM39.66 juta, bulan lalu.

Tertuduh, Kwon Kyungryul, 28; Kwak Jaeil, 40, dan Kim Myeong Joon, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali menerusi jurubahasa Korea Selatan. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama melarikan dan menahan secara salah seorang lelaki warga Korea Selatan berusia 40 tahun dengan tujuan mendapatkan wang tebusan berjumlah USDT10 juta. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Kilometer 16 Jalan Genting Highlands, Bentong, dekat sini pada 17 April lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi membolehkan penyerahan dokumen dan pelantikan peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan memerintahkan ketiga-tiga tertuduh ditahan tanpa sebarang tawaran jaminan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menumpaskan sindiket penculikan didalangi warga Korea Selatan selepas menyelamatkan seorang lelaki yang diculik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur pada 17 April lalu. Mangsa dikatakan diekori sebelum kenderaannya dihalang suspek lalu dibawa dan dikurung di sebuah rumah inap di Melaka selama empat hari. Kumpulan penculik terbabit kemudian dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak USDT 10 juta daripada keluarga mangsa.

Keluarga lelaki itu dilaporkan sudah membuat bayaran sebanyak 3 juta USDT atau kira-kira RM11.9 juta bagi memastikan mangsa dibebaskan. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Korea Selatan Menculik Rakan Senegara Mahkamah Sesyen Raub Pertuduhan Menculik Pengakuan Tidak Bersalah Akibat Pertuduhan Menculik Hutan Jelokia Jalan Genting Highlands Kesalahan Melakukan

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Finance Minister II Seek Audience With Sultan of Pahang Over Federal Allocation ClarificationFinance Minister II Seek Audience With Sultan of Pahang Over Federal Allocation ClarificationFinance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan will meet with the Sultan of Pahang to address concerns regarding federal allocations to the state of Pahang.
Read more »

Isu peruntukan: Amir Hamzah mengadap Sultan Pahang minggu iniIsu peruntukan: Amir Hamzah mengadap Sultan Pahang minggu iniMenteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memperjelaskan isu berkaitan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu.
Read more »

Amir Hamzah to seek audience with Pahang Sultan to clarify federal allocation issuesAmir Hamzah to seek audience with Pahang Sultan to clarify federal allocation issuesJAKARTA: (Bernama) Indonesian authorities have advised the public to stay away from high-risk areas around Mount Semeru after the volcano erupted several times over the weekend.
Read more »

Amir Hamzah to meet Pahang sultan over federal allocationsAmir Hamzah to meet Pahang sultan over federal allocationsThe finance minister II says he does not expect the concerns raised by the Pahang royalty to become a major issue.
Read more »



Render Time: 2026-05-18 08:28:09