UMNO Negeri Sembilan remains committed to ensuring the stability of the Perpaduan government and the welfare of the people, despite still not having confidence in the MB of Negeri Sembilan.
SEREMBAN: Usul undi percaya terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun di Dewan Undangan Negeri tidak berbangkit ketika ini walaupun UMNO negeri ini kekal dengan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berkata, UMNO negeri ini tetap komited memastikan kerajaan Perpaduan terus stabil dan rakyat mendapat manfaat daripada pentadbiran kerajaan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Palong berkata, buat masa ini, fokus utama parti itu adalah memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat terus diurus dengan baik.
“Soal usul undi percaya tidak timbul ketika ini. Sekiranya ada Persidangan DUN, sebarang keperluan berkaitan akan dibincangkan melalui saluran parti,” katanya kepadaBeliau diminta mengulas kenyataan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil bahawa Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan akan terus ditadbir seperti biasa di bawah pimpinan Aminuddin.
“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal stabil dan pentadbiran berjalan seperti biasa di bawah Aminuddin,” ujarnya. Selepas keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan , UMNO Negeri Sembilan membuat kenyataan untuk terus kekal dengan pendirian hilang kepercayaan kepada Menteri Besar atas kegagalan menguruskan krisis terburuk yang pernah berlaku di negeri ini sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi adat dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Mustapha berkata, UMNO negeri ini mengulangi pendirian menghormati keputusan pucuk pimpinan untuk mengekalkan kerjasama bersama kerajaan Perpaduan di negeri ini seperti yang diputuskan oleh Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan.difahamkan, sehingga kini, belum ada komunikasi antara kerajaan negeri dengan 14 ADUN Barisan Nasional dan UMNO yang menarik sokongan terhadap Aminuddin. -
Negeri Sembilan UMNO Perpaduan Government Datuk Seri Aminuddin Harun Datuk Mustapha Nagoor
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
No agenda, no notice: Six Negeri Sembilan leaders file suit over controversial sittingKUALA LUMPUR, May 6 — Datuk Mubarak Thahak and five other individuals have filed an originating summons to obtain minutes of a special sitting of the Negri Sembilan Dewan...
Read more »
Political Stability in Negeri Sembilan Secured Through UMNO-PH TalksThe political turmoil in Negeri Sembilan was resolved after discussions between UMNO and Pakatan Harapan leaders. Unity Government spokesperson Fahmi Fadzil confirmed that cooperation between the parties will continue to ensure stable governance. The Negeri Sembilan Unity Government remains under Menteri Besar Aminuddin Harun, with any issues referred to party leaders for joint resolution. The decision was made during a meeting co-chaired by Prime Minister Anwar Ibrahim and Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Negeri Sembilan teliti turunkan sewa premis niaga kerajaanKadar sewa premis perniagaan milik kerajaan di negeri ini dijangka diturunkan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi para peniaga kecil.
Read more »
UMNO Negeri Sembilan kekal tolak Aminuddin sebagai Menteri BesarKesemua ADUN Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Negeri Sembilan kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Read more »



