FAISAL Halim Raina was victorious in passing Buriram United's defense in the first leg of AFC League 2025/26 final, held in Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, last night.
FAISAL Halim berjaya melepasi kawalan pertahanan Buriram United dalam aksi final pertama Kejuaraan ACC 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini. PETALING JAYA: Impian Selangor FC untuk membawa bekalan selesa ke Thailand tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Buriram United pada aksi final pertama Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya , sebentar tadi.
Kekalahan tipis itu meletakkan skuad Gergasi Merah dalam tekanan menjelang aksi timbal balik di gelanggang lawan, Rabu depan, apabila mereka perlu mencari kemenangan ke atas juara Thailand itu untuk terus menghidupkan peluang menjulang trofi serantau berprestij berkenaan. Anak buah Kim Pan Gon bermula positif dengan menguasai permainan di hadapan ribuan penyokong sendiri, namun pelawat terlebih dahulu mencuri kelebihan menerusi sentuhan penyerang berbisa, Suphanat Mueanta pada minit ke-25.
Penyerang kebangsaan Thailand itu mudah menanduk masuk bola untuk menewaskan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel sekali gus membisukan penyokong tuan rumah yang mengharapkan permulaan sempurna. Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor menggandakan asakan dan hampir menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi Mohammad Abualnadi yang berjaya menolak masuk bola selepas sepakan percuma Alvin Fortes terkena palang. Bagaimanapun, sorakan penyokong Gergasi Merah tidak bertahan lama apabila jaringan itu dibatalkan selepas pengadil mengesan Abualnadi berada dalam kedudukan ofsaid.
Selangor terus mengasak bagi memburu gol penyamaan dan hampir mendapatkannya pada penghujung babak pertama, namun tandukan Chrigor Moraes hasil hantaran sepakan percuma Faisal Halim sedikit tersasar. Buriram juga tidak kurang berbahaya apabila hampir menggandakan jaringan, namun Sikh Izhan bertindak cemerlang menafikan percubaan Suphanat untuk memastikan kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Selangor tampil lebih agresif dengan melancarkan serangan bertali arus, namun disiplin tinggi benteng pertahanan Buriram berjaya menyerap tekanan demi tekanan sekali gus mempertahankan kelebihan tipis mereka sehingga wisel penamat. Keputusan itu menyaksikan Selangor kini berdepan misi sukar di Thailand apabila wajib mencipta kemenangan pada aksi timbal balik jika mahu menjulang kejuaraan ACC musim ini. -UTUSAN
Sports Soccer Thailand Cairnhill Jalur Belakang Suphanat Mueanta Sikh Izhan Faisal Halim Alvin Fortes Keyan Priyadi Penyerangan Gawang Taichung Gol Perdangan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ketiadaan isteri di sisi adalah fasa paling beratKetiadaan isteri di sisi adalah fasa paling berat - Yusry Abdul Halim
Read more »
Selangor tagih penyudah Moraes benam BuriramFaisal Halim mengakui ketajaman Moraes di depan pintu gol menjadi faktor penting kejayaan Selangor ke pentas final kejohanan itu musim ini.
Read more »
Malaysia investigating individuals in Taiwan, UK for RM1.1B semiconductor agreement case - Abd. HalimSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) is questioning individuals in Taiwan and the United Kingdom for Malaysia's RM1.1B semiconductor agreement case involving allegations of corruption and embezzlement.
Read more »
MACC probing duo in connection with IJM takeover bidMACC chief Abd Halim Aman says the proposed share acquisition itself was carried out in accordance with legal and regulatory frameworks.
Read more »



![FAISAL Halim Raina Melepasi Kawalan Pertahanan Buriram United [ACC 2026]](https://i.headtopics.com/images/2026/5/20/umonline/faisal-halim-raina-melepasi-kawalan-pertahanan-bur-faisal-halim-raina-melepasi-kawalan-pertahanan-bur-58C480411B26906BB9070984C7674897.webp)