Beyond the Breaking News

Bersatu menepis dakwaan menolak penyatuan ummah

Politics News

Bersatu menepis dakwaan menolak penyatuan ummah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Perikatan NasionalPenyalinan Ummah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menepis tuduhan bahawa parti tersebut menolak penyatuan ummah dengan tidak menyokong permohonan parti-parti lain untuk menjadi parti anggota Perikatan Nasional (PN).

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyangkal dakwaan bahawa parti itu menolak penyatuan ummah dengan tidak menyokong permohonan parti-parti lain untuk menjadi parti anggota Perikatan Nasional .

Biro Poliitik Bersatu berkata, pendirian Bersatu ialah PN boleh mengadakan kerjasama pilihan raya terlebih dahulu dengan parti-parti ini dan kemasukan mereka sebagai parti anggota PN boleh dipertimbangkan kemudian.

“Inilah pendirian dan keputusan PN sebelum ini. Pendirian ini dikekalkan dalam mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026 dan sebuah jawatankuasa diwujudkan untuk memperhalusi terma-terma kerjasama pilihan raya termasuk pembahagian kerusi.

“Walaupun pelbagai pandangan dikemukakan dalam mesyuarat MT PN, keputusan ini dicapai secara bersama dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Ini adalah keputusan kolektif yang dibuat secara konsensus demi kepentingan strategik dan kestabilan Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

“Bersatu ingin melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Bersatu berpegang kepada prinsip musyawarah dan perbincangan dalam MT PN berhubung perkara dasar dan perkara yang berbangkit dalam kerjasama PN,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah Bersatu, parti itu kekal mendukung semua keputusan MT PN yang dibuat atas semangat saling menghormati, meraikan perbezaan serta mencapai konsensus demi memastikan kesatuan dan kekuatan gabungan tersebut terus terpelihara sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, menjadi amalan dalam PN bahawa setiap perkara penting berkaitan dasar, hala tuju gabungan serta isu berbangkit akan dibawa ke mesyuarat MT PN untuk dibahas dan diputuskan secara musyawarah.

“Pendekatan itu telah diamalkan sejak PN dipimpin oleh Muhyiddin Yassin dan tidak wajar sebarang keputusan MT dipersoalkan atau dicabar di luar platform rasmi gabungan. “Adalah tidak wajar keputusan-keputusan MT PN dicabar atau dipertikaikan di luar MT sehingga memberi gambaran seolah-olah ada Presiden parti yang mempunyai kuasa veto. “PN telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan politik, namun masalah besar sebelum ini berjaya diselesaikan melalui semangat perpaduan, prinsip bersama dan kebijaksanaan kepimpinan gabungan,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perikatan Nasional Penyalinan Ummah Perlemahan Penolakan Mesyuarat Mt Pn Pembahagian Kerusi Kerjasama Pilihan Raya Pendiriksi Pt Pn

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pas Meneliti Kel Tahap Kesabaran Bersatu Sebelum PRU16Pas Meneliti Kel Tahap Kesabaran Bersatu Sebelum PRU16Pimpinan PAS, Abdul Hadi Yaakub, sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pemilihan Umum Ke-16 (PRU16). Beliau menyatakan bahawa Pas mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, namun mengakui tahap kesabaran parti itu ada batasnya. Pas akan mengkaji setiap aspek, termasuk kesan positif dan negatif terhadap kerjasama sedia ada, menjelang pilihan raya.
Read more »

Parti Bersama Malaysia's move could benefit Perikatan Nasional, according to an analystParti Bersama Malaysia's move could benefit Perikatan Nasional, according to an analystSyaza Shukri of the International Islamic University Malaysia says Together Malaysia's decision to appeal to progressive voters risks splitting the non-Malay vote, potentially opening the door for a PN victory.
Read more »

Pas to hold emergency meeting for PRU16 partnership with Pribumi Bersatu: Setiausaha-AgungPas to hold emergency meeting for PRU16 partnership with Pribumi Bersatu: Setiausaha-AgungThe secretary-general of the United Malay National Organisation (UMNO), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, suggests that the leadership of Pas and UMNO will hold an emergency meeting in the near future to discuss the renewal of their political alliance and cooperation with the Malaysian Indian Congress (MIC).
Read more »

Parti Bersama Malaysia Mungkin Ancam Seperti Parti Pejuang Tanah AirParti Bersama Malaysia Mungkin Ancam Seperti Parti Pejuang Tanah AirPertubuhan baru itu didirikan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli, sedangkan Parti Pejuang Tanah Air didirikan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Seorang pengarah dari Institut Kajian Politik Malaysia mengatakan bahwa suatu partai yang sifatnya hanya bergantung pada individu tertentu dan tidak memiliki struktur yang solid kecuali berasal dari singgungan popularitas di media sosial baginya akan menjadi sasaran atau akan berakhir sebagai kegagalan dalam beberapa hari ke depan ini.
Read more »



Render Time: 2026-05-24 14:40:56