AHLI keluarga Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria hadir mengiringi pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Gadek, Melaka. Arwah merupakan salah seorang daripada tiga pekerja pelantar minyak yang terkorban dalam tragedi bot penyelamat terjatuh di FSO Sepat.
AHLI keluarga Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria mengaminkan doa ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang , Gadek , Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUPALOR GAJAH: Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang , Gadek di sini malam ini pada pengebumian Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria , 38.
Arwah ialah salah seorang daripada tiga pekerja pelantar minyak yang terkorban dalam tragedi bot penyelamat terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan, semalam. Kira-kira 200 ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan penduduk setempat hadir mengiringi pengebumian Allahyarham. Suasana bertambah sayu apabila ahli keluarga terdekat dilihat mengalirkan air mata sebaik jenazah dibawa ke tanah perkuburan, manakala penduduk kampung turut memenuhi kawasan sekitar bagi bersama-sama mengiringi perjalanan terakhirnya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.20 malam dengan rata-rata yang hadir dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Jenazah tiba di perkarangan Masjid Al-Najihin Padang Sebang kira-kira pukul 8.35 malam dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu selepas selesai proses bedah siasat. Sebaik tiba, jenazah dibawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyang dengan diimamkan bapanya, Zakaria Mohamad sebelum diusung ke tanah perkuburan yang terletak bersebelahan masjid berkenaan.
Semalam, tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Selain Ahmad Fiqri, dua lagi mangsa yang maut ialah Mohd. Sabri Haron, 56, dan Mohd. Faizal Abdul Rahman, 39, manakala Mohd.
Taufik Mohd. Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di HSNZ
Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria Pengebumian Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang Gadek Tragedi Bot Penyelamat FSO Sepat Keluarga Terdekat Penduduk Kampung Penghormatan Terakhir
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cricket-Punjab's Haddin delighted as captain Iyer makes the difference in Lucknow winPADANG RENGAS: PKR leaders who attended an event hosted by Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad to announce their political direction with Parti Bersama Malaysia should come forward and explain their presence to avoid prolonged speculation and criticism.
Read more »
Why circularity won’t stop GDP growth — Ahmad IbrahimMAY 23 — The linear economy has powered an unprecedented expansion in GDP. But as resource scarcity and climate collapse begin to bite, the very metric we use to measure...
Read more »
PKR Semporna, Tuaran kekal sokong agenda reformasiKota Kinabalu: PKR Cabang Semporna dan Tuaran akan terus mendukung agenda reformasi biarpun ketua cabang masing-masing telah mengumumkan peletakan jawatan, kata Ketua Penerangan PKR Sabah Ahmad Farid
Read more »
Oil Shocks and the Role of Nuclear Power — Sheriffah Noor Khamseah Al-Idid Syed Ahmad IdidMAY 25 — The February 28, 2026 joint assault by the US and Isreal on Iran, followed by Iran’s counter response to this strike had resulted in an energy crisis that has...
Read more »




