Beyond the Breaking News

Pas Meneliti Selewat-lewatnya Hubungan dengan Bersatu

Politics News

Pas Meneliti Selewat-lewatnya Hubungan dengan Bersatu
PasBersatuPerikatan Nasional

Pas, the Malay-Muslim political party, is reviewing its relationship with Bersatu, a multi-racial coalition, in the run-up to the 16th General Election (PRU16). The decision was made based on the concept of unity that transcends any single Malay-Muslim party, including UMNO.

KUALA LUMPUR: Agenda penyatuan ummah tidak terikat hanya kepada kerjasama politik antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu ) dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Justeru, keputusan meneliti semula hubungan dan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dibuat berdasarkan konsep yang tidak terhad kepada mana-mana parti politik Melayu-Islam termasuk UMNO.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keterbukaan Pas turut membabitkan orang bukan Islam, namun parti tegas menolak politik ekstrem seperti dibawa DAP.

"Kita konsisten dengan agenda penyatuan ummah. Ini bukan sahaja melibatkan parti politik Melayu seperti UMNO dan sebagainya, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam dan individu-individu. Kita buka kerjasama demi kepentingan Melayu-Islam," katanya kepada Ditanya mengenai kemungkinan perubahan sokongan orang Melayu disebabkan keretakan dalam PN, Muhammad Khalil berkata, pendekatan strategi boleh berubah dari semasa ke semasa. Katanya, prestasi di negeri-negeri khususnya yang ditadbir Pas perlu dijaga, selaras dengan agenda penyatuan ummah.

"Sebagai contoh, dalam konteks Melayu-Islam pada 2022, kita tambah rizab Melayu sehingga lebih 1,700 hektar (di Terengganu) dan sekarang ini semakin bertambah menjadi lebih 2,000 hektar. Jadi itu antara contoh yang boleh kita ketengahkan kepada rakyat dalam konteks tersebut bahawa Pas konsisten dalam perjuangan," katanya. Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan, sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Bersatu, termasuk kemungkinan bergerak tanpa parti itu sekiranya gagal mencapai kata sepakat.

Beliau berkata, semua aspek melibatkan hubungan antara kedua-dua parti dalam PN dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama dengan Bersatu masih berjalan, meskipun wujud perkembangan yang sedang diperhalusi.

"Hubungan dengan Bersatu masih berjalan cuma Pas meneliti beberapa perkemba­ngan yang dilihat melemahkan PN dan negeri yang PN kuasai dalam isu pertukaran Exco dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) serta meneliti kaedah memperkukuh­kan PN," kata­nya. Tuan Ibrahim berkata, semua isu berbangkit sepatutnya diselesaikan secara musyawarah dalam PN dan bukannya diperdebat secara terbuka ke­rana boleh menimbulkan salah faham serta persepsi negatif. Sementara itu, Ketua Pe­ngarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.

Nor berkata, parti itu kekal dengan pendirian untuk mengkaji semula kerjasama dengan Bersatu, sebagaimana kenya­aan Presiden sebelum ini. Katanya, kenyataan Abdul Hadi adalah pendirian rasmi parti selepas dibincangkan dalam organisasi dan pendirian tetap sama, walaupun berada dalam mesyua­rat PN.

"Kita bersetuju dengan semua pandangan yang dilontarkan oleh Presiden pada hari Jumaat yang lepas, itu senario yang memang sungguh-sungguh berlaku, kita tak kecewa tapi kita sabar. "Saya rasa Pas jarang bercakap terbuka pasal ini, Bersatu selalu (Datuk) Tun Faisal (Ismail Aziz) dan siapa-siapa yang rajin tulis terbuka kita jarang beri respons. Kita mula dengan Tok Guru Presiden kata begitu, maka ia adalah pandangan da­ripada parti," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan lembu korban di Alor Setar, Kedah semalam.

Muhammad Sanusi berkata, Pas mempunyai proses tersendiri dalam membuat keputusan termasuk membawa sebarang perkara yang dibincaskan dalam mesyua­rat PN untuk diputuskan di peringkat parti terlebih dahulu.

"Prinsip kita kekal, jelas dan kukuh sebab kita tak pergi sana ‘buang baju’ Pas dan kita pakai baju PN," katanya

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Pas Bersatu Perikatan Nasional Pilihan Raya Umum Ke-16 Agenda Penyatuan Ummah Hubungan Dan Kerjasama Pendekatan Strategi Perubahan Sokongan Orang Melayu Perubahan Persepsi Negatif Agenda Penyatuan Ummah Keterbukaan Pas Politik Ekstrem Perubahan Persepsi Negatif Hubungan Dan Kerjasama Pendekatan Strategi Perubahan Persepsi Negatif Agenda Penyatuan Ummah Keterbukaan Pas Politik Ekstrem

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PAS reevaluating relations with Bersatu: paving way for Hamzah to join PNPAS reevaluating relations with Bersatu: paving way for Hamzah to join PNAn analyst believes that PAS president Abdul Hadi Awang's statement that his party is reassessing its relations with Bersatu is to pave the way for Hamzah Zainudin and his supporters to be admitted into Perikatan Nasional.
Read more »

Bersatu Regrets Accusations Against PAS, Upholds Consultation PrinciplesBersatu Regrets Accusations Against PAS, Upholds Consultation PrinciplesIn a statement, Bersatu refuted PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang's claims that Bersatu had halted efforts to strengthen the coalition, asserting that important policies were debated and settled through consultation within the supreme council.
Read more »

PAS: Bersatu cooperation decision to be made among leadership, further comments gagged, strained relations with BersatuPAS: Bersatu cooperation decision to be made among leadership, further comments gagged, strained relations with BersatuPAS's leadership will decide among themselves on the party's cooperation with Bersatu before bringing the decision to the Perikatan Nasional leadership, according to PAS secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Read more »

Bersatu Terengganu yakin kemelut Pas-Bersatu jumpa titik damaiBersatu Terengganu yakin kemelut Pas-Bersatu jumpa titik damaiSebarang kemelut antara Pas dan Bersatu hanya menguntungkan pihak lawan.
Read more »



Render Time: 2026-05-26 02:12:26