Sani Araby Abdul Alim, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), menyatakan tindakan rejim Zionis Israel menahan peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 pada waktu siang membuktikan bahawa rejim itu semakin terdesak untuk menyekat misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. 16 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
SANI Araby Abdul Alim menunjukkan rakyat Malaysia yang menyertai GSF 2.0 ditahan pada sidang akhbar perkembangan terkini GSF 2.0 di SNCC, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFAS Tindakan rejim Zionis Israel menahan peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 pada waktu siang membuktikan bahawa rejim itu semakin terdesak untuk menyekat misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ini merupakan kali pertama pemintasan dilakukan pada waktu siang sepanjang penglibatan GSF. Menurutnya, pihak GSF sebelum ini menjangkakan pemintasan berkemungkinan berlaku berhampiran perairan Greece dan menyangka ia akan dilakukan pada waktu malam.
‘Namun mereka hadir dengan banyak bot pada waktu siang, menunjukkan pihak rejim sangat terdesak,’ katanya menerusi sidang akhbar di SNCC di sini hari ini. Terdahulu, seramai 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Israel hari ini selepas kapal yang dinaiki mereka dipintas ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mengulas lanjut, Sani Araby berkata, kapal-kapal yang belum dipintas dijangka akan terus berlayar sedekat mungkin ke kawasan perairan Gaza bagi meneruskan misi kemanusiaan tersebut.
Manakala, katanya, peserta GSF yang telah ditahan pula dipercayai dipindahkan ke kapal tahanan milik rejim Zionis di tengah laut dan proses itu dijangka mengambil masa panjang. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihak SNCC juga telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wisma Putra berhubung penahanan rakyat Malaysia oleh rejim itu. Sani Araby berkata, SNCC turut memohon campur tangan segera kerajaan untuk menghubungi pihak berkaitan bagi mendesak pembebasan kesemua rakyat Malaysia yang terlibat.
Menurutnya, tindakan Israel itu dilakukan secara sengaja walaupun pelbagai peringatan dan ugutan sekatan telah dinyatakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap rejim berkenaan. Kita lihat kali ini mereka masih melakukan tindakan ini walaupun sudah diberikan peringatan dan ugutan sekatan di peringkat dunia,” katanya. Katanya lagi, lebih banyak kapal yang ditahan di laut ketika ini bakal menjadi bukti tambahan kepada GSF untuk membawa isu berkenaan ke peringkat antarabangsa.
Jelasnya, bukti yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk mengheret rejim Zionis ke muka pengadilan antarabangsa atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang maritim. - UTUSA
Rakyat Malaysia Ditahan Global Sumud Flotila Israel Tindakan Pencabulan Hak Asasi Manusia Undang-Undang Maritim
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia to champion people‑centred health reforms, global aid access at 79th World Health Assembly, says DzulkeflyPUTRAJAYA, May 18 — Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad is in Geneva to lead the country’s delegation at the 79th World Health Assembly (WHA79), which runs from today...
Read more »
GSF 2.0: Eight Malaysians detained by Israeli forces in Gaza-bound flotilla interceptionSEPANG, May 18 — The Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) has confirmed that eight Malaysians participating in the Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 mission were detained by the...
Read more »
Global Sumud Flotilla 2.0 Crew Detained by Israeli ForcesEight Malaysians are reported to have been detained by Israeli forces while onboard the Global Sumud Flotilla 2.0 vessels while enroute to deliver humanitarian aid to Gaza. The vessels were intercepted within recognized international waters.
Read more »
Rak Yakin Ditahan Sionis Ke GazaRak Yakin Ditahan Sionis Ke Gaza - CCTV rakaman menunjukkan anggota rejim Zionis telah menyerang aktivis kemanusiaan dengan senjata selepas naik ke atas kapal Global Sumud Flotilla (GSF). Lapan lagi rakyat Malaysia dipercayai telah ditahan pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan warga Malaysia yang ditahan kini seramai 16 orang.
Read more »



