Cristiano Ronaldo dibekuk untuk Piala Dunia, spesial buat legenda Diogo Jota yang meninggal dunia

Sport News

Cristiano Ronaldo dibekuk untuk Piala Dunia, spesial buat legenda Diogo Jota yang meninggal dunia
Cristiano RonaldoPortugalPiala Dunia

Ronaldo, 41, termasuk dalam skuad Portugal melawan Piala Dunia, mendapat penghormatan istimewa untuk penembak berusia 23 tahun yang meninggal dunia, dijangka menjadi penampilan terakhirnya

LISBON: Kapten Portugal , Cristiano Ronaldo berpeluang mencipta sejarah apabila disenaraikan dalam skuad negaranya bagi menghadapi Piala Dunia , menyaksikan pemain berusia 41 tahun itu tampil buat kali keenam dalam kejohanan berprestij berkenaan.

Pengendali Portugal, Roberto Martinez mengumumkan senarai pemain pasukan itu, semalam, dengan turut memberikan penghormatan istimewa kepada mendiang Diogo Jota yang disifatkan sebagai ‘plus one forever’ selepas penyerang itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol, Julai tahun lalu. Katanya, semangat Jota akan terus bersama skuad Portugal dalam misi memburu kejuaraan Piala Dunia pertama negara itu.

“Senarai akhir ini mengandungi 27 nama termasuk satu lagi nama istimewa. Kehilangan Diogo Jota adalah detik yang amat sukar untuk dilupakan.

“Namun, sehari selepas tragedi itu berlaku, menjadi tanggungjawab kami semua untuk meneruskan impian Diogo Jota. Semangat, kekuatan dan contoh yang ditunjukkannya akan kekal bersama kami buat selama-lamanya,” kata Martinez. Piala Dunia kali ini dijangka menjadi penampilan terakhir Ronaldo di pentas terbesar itu, selepas beliau sebelum ini mengakui kejohanan berkenaan hampir pasti menjadi edisi terakhir buat dirinya. Jika diturunkan, Ronaldo bersama bintang Argentina, Lionel Messi bakal muncul pemain pertama dalam sejarah yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia.

Menurut Martinez, Ronaldo bukan sahaja ikon bola sepak dunia, malah masih membuktikan kemampuannya untuk kekal relevan bersama skuad kebangsaan.

“Apabila bercakap mengenai Cristiano Ronaldo, kita bercakap mengenai dua individu iaitu ikon bola sepak dunia dan seorang pemain yang tetap mempunyai tuntutan sama seperti pemain lain. “Sebagai kapten, dia adalah contoh terbaik kepada pasukan dan kami mahu dia terus mempamerkan tahap tanggungjawab serta kepimpinan yang sama di bilik persalinan,” ujarnya. Turut disenaraikan ialah rakan sepasukan Ronaldo di Al Nassr, Joao Felix, selain tonggak utama seperti Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Nuno Mendes, Vitinha, Joao Neves dan Gonçalo Ramos.

Portugal hadir ke Piala Dunia dengan reputasi cemerlang selepas menjuarai Liga Negara-Negara UEFA 2025, diundi dalam Kumpulan K bersama Colombia, Uzbekistan dan Congo dengan aksi pembukaan menentang Congo dijadual berlangsung di Houston pada 17 Jun depan. Martinez bagaimanapun enggan meletakkan Portugal sebagai pasukan pilihan utama meskipun mengakui skuadnya memiliki kemampuan untuk mencabar kejuaraan.

“Piala Dunia bukan sekadar mengenai bakat atau bermain dengan baik. Banyak cabaran perlu dihadapi. Saya fikir hanya pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia boleh dianggap pilihan.

“Kami menerima tekanan itu, namun saya lebih selesa menggelarkan Portugal sebagai pencabar berbanding pasukan pilihan,” jelasnya. – AGENSI/UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Cristiano Ronaldo Portugal Piala Dunia Diogo Jota Penampilan Terakhir Ekspor

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Brazil Buat Kejutan, Kembali Senaraikan Neymar Untuk Sertai Skuad Ke Piala DuniaBrazil Buat Kejutan, Kembali Senaraikan Neymar Untuk Sertai Skuad Ke Piala DuniaNeymar kembali!
Read more »

Brazil Buat Kejutan, Kembali Senaraikan Neymar Untuk Sertai Skuad Ke Piala DuniaBrazil Buat Kejutan, Kembali Senaraikan Neymar Untuk Sertai Skuad Ke Piala DuniaNeymar kembali!
Read more »

Malaysia tepati ramalan ke final kuadran Piala Dunia Sepak TakrawMalaysia tepati ramalan ke final kuadran Piala Dunia Sepak TakrawMalaysia menepati ramalan apabila melangkah ke pentas final acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas mengharungi
Read more »

Portugal Team Announcement: Cristiano Ronaldo Named in 27-Man Roster for World CupPortugal Team Announcement: Cristiano Ronaldo Named in 27-Man Roster for World CupPortugal coach Roberto Martinez announced a 27-man squad for the World Cup, including former Manchester United captain Cristiano Ronaldo, who will be looking to participate in his sixth global tournament. The squad features a 'plus one' in memory of Diogo Jota, who passed away in a car accident earlier this year. The team will open their campaign against the Democratic Republic of the Congo, then face Uzbekistan and Colombia before concluding the group stage against Colombia.
Read more »



Render Time: 2026-05-21 02:27:59