Sebanyak 1,576 projek perumahan swasta bermasalah berjaya dipulihkan semenjak penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) pada 2023. Totalnya melibatkan 185,525 unit rumah dengan dana sebesar RM148.21 bilion
PETALING JAYA: Sebanyak 1,576 projek perumahan swasta bermasalah berjaya dipulihkan sejak penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai pada 2023. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, jumlah itu melibatkan 185,525 unit rumah dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM148.21 bilion.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 131 projek berjaya dipulihkan daripada status sakit kepada lancar manakala 1,410 projek sakit disiapkan sepenuhnya sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan . Katanya, sebanyak 35 projek terbengkalai turut berjaya dipulihkan sama ada melalui penyiapan fizikal projek atau menerusi pelan penyelesaian pembeli.
“Fokus kita bukan sekadar memulihkan struktur fizikal, tetapi mengembalikan impian dan kebajikan rakyat yang telah lama terjejas akibat isu projek sakit ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Aiman berkata, statistik projek perumahan swasta kategori lewat dan sakit di Semenanjung Malaysia menunjukkan trend penurunan berbanding Mac lalu. Katanya, setakat 30 April lalu, sebanyak 130 projek lewat dan 302 projek sakit direkodkan, manakala hanya satu projek baharu berstatus terbengkalai dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan projek terbengkalai sebanyak 100 projek.
Beliau berkata, perkembangan positif itu membuktikan pendekatan proaktif dan bersepadu yang diambil KPKT mula membuahkan hasil lebih teratur serta berfokus.
“KPKT terus memperkukuh pendekatan turun padang bagi memastikan pemantauan projek bermasalah dilaksanakan secara dinamik dan berkesan. “Sehingga April lalu, sebanyak 22 lawatan tapak melibatkan projek berstatus lewat dan sakit dilaksanakan bagi tujuan pemantauan rapi serta intervensi segera di lapangan. Menurut KPKT, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara pasukan TFST, pihak berkuasa tempatan , agensi teknikal serta syarikat penyedia utiliti.
Katanya, pasukan TFST akan terus memantau setiap projek bermasalah secara teliti bagi memastikan pelan pemulihan berjalan lancar selaras dengan matlamat kementerian ke arah sifar projek terbengkalai.
“KPKT menerusi TFST kekal komited bertindak sebagai medium penyelesaian utama melalui strategi intervensi yang praktikal bagi melindungi hak pembeli rumah. “Kami juga bertekad melandaikan statistik pemajuan bermasalah secara berfasa, sekali gus merealisasikan sasaran sifar projek terbengkalai menjelang 2030,” katanya. –
Penuh Projek Perumahan Swasta Dampak Lama Pulih Task Force Status Sick Lancar Perumahan Swasta Sakit Terbengkalai Pemotongan Bau Perlindungan Pembeli
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ex-PBM leader denies members quit party over GLC, local council postsKrishna Govinth says if this were the case, they would have 'walked away' in 2023.
Read more »
Inisiatif AI at Work 2.0 bantu penjawat awam percepat urusan kerja harianWarga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa menguasai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Read more »
Wanita ditahan dera budak lelaki empat tahunSeorang wanita berusia 60 tahun ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah kawasan perumahan di sini semalam.
Read more »
Jamal Yunos Apologises to Khairy Jamaluddin in Defamation SuitSungai Besar Umno chief Jamal Yunos apologised to former minister Khairy Jamaluddin in the High Court as part of the settlement of a defamation suit filed by the latter in 2023.
Read more »



