Pemimpin pembangkang qtdjkan kelemahan sistem pemilikan hartanah sbg isu warga asing murahkan rumah

Malaysia News

Pemimpin pembangkang qtdjkan kelemahan sistem pemilikan hartanah sbg isu warga asing murahkan rumah
Pemimpin PembangkangProgram Malaysia My Second Home (MM2H)Pemilikan Hartanah Warga Asing

Pemimpin pembangkang mempertanyakan kelemahan sistem pemilikan hartanah sebagai isu utama warga asing memperoleh harga rumah rendah, setelah data rasmi menunjukkan pemilihan hartanah oleh warga China pada harga purata jauh lebih rendah daripada syarat ditetapkan di bawah Program Malaysia My Second Home (MM2H). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah mendakwa, perkara itu menimbulkan persoalan serius berhubung kemungkinan wujud kelemahan dalam sistem pemilikan hartanah negeri yang membolehkan pembeli asing memperoleh rumah pada harga rendah.

IZHAR Shah Arif Shah bersama ADUN Pembangkang DUN Pulau Pinang menunjukkan data hartanah di Pulau Pinang yang dimiliki warga China pada harga purata jauh lebih rendah daripada had minimum ditetapkan Program Malaysia My Second Home GEORGE TOWN: Pembangkang di negeri ini mempersoalkan pemilikan hartanah oleh warga asing pada harga lebih rendah berbanding syarat ditetapkan di bawah Program Malaysia My Second Home .

Ia selepas data rasmi menunjukkan pemilihan hartanah oleh warga China pada harga purata jauh lebih rendah daripada had minimum ditetapkan di bawah program berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah mendakwa, perkara itu menimbulkan persoalan serius berhubung kemungkinan wujud kelemahan dalam sistem pemilikan hartanah negeri yang membolehkan pembeli asing memperoleh rumah pada harga rendah.

Menurut beliau, berdasarkan jawapan rasmi bagi soalan bertulis dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15, warga China dilaporkan memiliki 365 buah rumah di negeri itu dengan nilai keseluruhan RM150.2 juta. Katanya, angka tersebut bermakna purata harga rumah hanya sekitar RM411,506 seunit, disifatkan jauh lebih rendah daripada syarat minimum harga hartanah untuk pemilikan warga asing.

“Purata harga hartanah sekitar RM411,506 ini amat luar biasa dan sama sekali tidak boleh diterima kerana ia jauh di bawah had minimum yang ditetapkan daripada syarat program MM2H. “Jika kita merujuk dokumen kategori perak hingga kategori emas, kategori perak jelas menyatakan nilai pembelian kediaman perlu sekitar RM600,000 dan ke atas, bukannya harga purata seperti yang ditemui dalam jawapan yang diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan DUN Pulau Pinang, hari ini. Beliau berkata, sebagai perbandingan, pembelian hartanah oleh warga Taiwan pada 2026 melibatkan 15 unit rumah dengan nilai keseluruhan RM18.2 juta atau purata sekitar RM1.2 juta seunit yang menurutnya lebih selaras dengan kerangka perundangan sedia ada.

Menurut Izhar Shah, kategori harga sekitar RM400,000 seunit sepatutnya lebih memfokuskan kepada keperluan rakyat tempatan terutama pembeli rumah pertama dan bukannya dimiliki pembeli asing.

“Kerajaan negeri mesti menyiasat bagaimana spekulator asing dari tanah besar China boleh memperoleh rumah pada harga serendah itu. Adakah terdapat kelompongan dalam sistem perundangan dan pemilikan hartanah yang sedang dieksploitasi,” katanya. Beliau berkata, kemasukan pembeli asing ke dalam segmen perumahan kos rendah dan sederhana dibimbangi memberi kesan langsung kepada kestabilan sosioekonomi rakyat negeri itu yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup.

Katanya, bukan sahaja beliau, malah seluruh wakil rakyat Perikatan Nasional di Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menjalankan siasatan menyeluruh selain memberikan penjelasan telus daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Kerajaan juga perlu menilai kesan terhadap rakyat Pulau Pinang yang masih bergelut untuk memiliki rumah pertama. Kami mendesak agar penguatkuasaan diperketatkan, segala kelompongan ditutup dan dasar perumahan negeri benar-benar mengutamakan rakyat tempatan,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Pemimpin Pembangkang Program Malaysia My Second Home (MM2H) Pemilikan Hartanah Warga Asing Had Minimum MM2H Sistem Pemilikan Hartanah Kelemahan

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Badminton News: China Retains Thomas Cup, South Korea Upsets China in Uber CupBadminton News: China Retains Thomas Cup, South Korea Upsets China in Uber CupThis news article discusses the recent badminton competitions in Asia, including China's victory in the Thomas Cup and South Korea's upset win over China in the Uber Cup.
Read more »

Teenager held, abused by man promising internet plan in Bukit Kemuning, Shah AlamTeenager held, abused by man promising internet plan in Bukit Kemuning, Shah AlamA 14-year-old boy held, abused and was trapped in a three-hour ordeal by a stranger promising him a data plan, in a room in Bukit Kemuning, Shah Alam, has been reported.
Read more »

Remaja Di Shah Alam Didakwa Diliwat & Dikurung Selama 3 Jam Oleh Lelaki Tidak DikenaliRemaja Di Shah Alam Didakwa Diliwat & Dikurung Selama 3 Jam Oleh Lelaki Tidak DikenaliSiasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu untuk berbual.
Read more »

SHAH ALAM: Suspek diburu polis berhubung kes mengurung dan meliwat seorang remajaSHAH ALAM: Suspek diburu polis berhubung kes mengurung dan meliwat seorang remajaA police suspect has been sought in connection with a case of kidnapping and molesting a 14-year-old boy near a house in Rimau Indah, Shah Alam, on the same day. The suspect is believed to be a former driver who has a history of sexual offenses against women.
Read more »



Render Time: 2026-05-18 07:18:32