Kepala Kes Pereangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Pemerintah Malaysia sedang mengkaji cadangan untuk memotong subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi untuk membantu negara menghadapi situasi ekonomi semasa. Cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis, Tan Sri Mohd Hassan Marican, sejak sebulan lalu.
ANWAR Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya , di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk memotong subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis , Tan Sri Mohd Hassan Marican di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara , sejak sebulan lalu.
Beliau berkata, kerajaan melakukan penilaian teliti pendekatan sesuai mengenai cadangan pemotongan subsidi bagi kumpulan berpendapatan tinggi bagi memastikan ia boleh dilaksanakan secara berkesan dan tidak menjejaskan kumpulan itu.
“Cuma tidak pasti sama ada T2O atau T15, supaya tidak membebankan kelas menengah atas dan kemudian mudah pelaksanaannya,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya , di sini hari ini. Sebelum ini, media melaporkan, Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan T20 ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional .
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini. Menurutnya, subsidi yang dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah. Mengulas lanjut, Anwar berkata, cadangan tersebut akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas penelitian tersebut.
“Kita tidak mahu ia memberi kesan kepada kumpulan menengah atas jadi harap ia dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya. Sementara itu, Anwar enggan mengulas mengenai pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara yang bakal diumumkan oleh beliau pada pertengahan bulan ini.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini dilaporkan berkata, pelan bakal diumumkan Anwar itu dijangka memfokuskan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan bekalan semasa mampu bertahan sehingga Jun. Beliau berkata, Petroliam Nasional Bhd. kini pada peringkat akhir memuktamadkan sumber bekalan baharu bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak negara dalam tempoh seterusnya. –
Ekonomi Malaysia Pemerintah Malaysia Subsidi Petronas Cadangan Potong Subsidi Tan Sri Mohd Hassan Marican Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara Rundingan Meja Bulat Nasional
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Wanita Malaysia Jelaskan Sebab Lepaskan Kewarganegaraan & Pilih Untuk Jadi PR Di SingapuraDifahamkan, kestabilan keluarga, peluang yang sama rata dan masa depan anak-anaknya akhirnya membentuk keputusannya.
Read more »
Laporan polis terhadap pihak menyamar wakil Menteri KPDNPAPAR: Pejabat Parlimen Papar membuat laporan polis berhubung kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menyamar sebagai pembantu peribadi (PA) atau
Read more »
Kanak-kanak, 8, serah surat kepada Perdana MenteriKUDAT: Seorang kanak-kanak Pulau Banggi berusia lapan tahun yang sering diejek rakan kerana bercita-cita menjadi Perdana Menteri, melakar detik bermakna dalam h
Read more »
Timbalan Perdana Menteri berpesan agar tidak ada interpretasi negatif terhadap pindaan Akta MaraTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta agar semua pihak agar tidak membuat sebarang interpretasi yang negatif berhubung cadangan pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara). Beliau menambah bahawa perubahan ini bertujuan memastikan landasan asal penubuhan agensi tersebut kekal utuh.
Read more »
