Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi. Beliau berkata dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa.
KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi.
Beliau berkata dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa.
"Bila kita jadikan ini dasar negara, dua tahun setengah yang lepas, kebimbangan saya ialah dasar itu tinggal (tertumpu) di Kuala Lumpur, di universiti-universiti utama, badan-badan penyelidikan penting, tetapi tak sampai ke akar umbi. "Jadi berlaku kesenjangan antara golongan terdidik, golongan kaya bandar, dengan golongan miskin terutama di pedalaman desa, pulau, bukit dan gunung di seluruh Sabah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini, Sabtu.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.
Anwar berkata Kerajaan Madani akan terus memberi perhatian bagi memastikan pembangunan digital tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan peluang baharu rakyat. Menurut Menteri Kewangan itu, kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Pulau Banggi di sini yang dinobatkan juara kategori capacity building pada World Summit on the Information Society (WSIS) anjuran International Telecommunication Union di Geneva tahun lepas, membuktikan masyarakat di kawasan pulau terpencil juga mampu cemerlang dalam bidang digital apabila diberi ruang, kemudahan dan sokongan sewajarnya.
Beliau berkata walaupun Pulau Banggi jauh dari pusat bandar dan berdepan pelbagai kekangan kemudahan, kawasan itu tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri berkata kejayaan itu juga menjadi antara faktor beliau mahu turun sendiri ke Pulau Banggi bagi melihat pencapaian masyarakat dan pengurusan Nadi di pulau berkenaan.
"Nadi di Pulau Banggi disebut antara Nadi yang berjaya di negara kita. Di Pulau Banggi, pulau yang terpencil, tak ramai yang pakar-pakarnya, tetapi masih melahirkan, menjadikan pusat ini pusat utama. Saya ucap tahniah bukan saja kepada pengurusan Nadi tetapi kepada seluruh rakyat di Pulau Banggi," kata beliau. Perdana Menteri berkata kejayaan Nadi Pulau Banggi perlu menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan terpencil untuk terus membina keupayaan dalam bidang digital, sekali gus membuktikan pembangunan teknologi boleh dimanfaatkan semua lapisan rakyat
Transformasi Digital Kecerdasan Buatan (AI) Dasar Teknologi Baharu Keadilan Golongan Miskin Golongan Kaya Bandar Golongan Terdidik Pembangunan Digital Kesenjangan Pembangunan Teknologi Pembinaan Keupayaan Pembangunan Digital Pembangunan Teknologi Kesenjangan Pembinaan Keupayaan Pembangunan Digital Pembangunan Teknologi Kesenjangan Pembinaan Keupayaan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Pertikaikan Perintah Perdana Menteri, Tegaskan Pahang 'Pisang Emas'Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, the Crown Prince of Pahang, has called for a full explanation from Minister II of Finance, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, regarding the allocation of the federal government to Pahang. He also expressed his stance to ensure Pahang is treated fairly and with due consideration. In a speech delivered at the opening and first session of the 15th Pahang State Legislative Assembly in the Sri Pahang State Assembly Complex, Tengku Hassanal criticized some decisions made by the federal government, accusing them of not prioritizing Pahang's interests. He advised the central government to be more mindful of Pahang's rights in areas such as natural resources, project implementation, and the exercise of legislative power in the state.
Read more »
Datuk Seri R. Ramanan Defends His Seat as High-Risk Area Unfazed by Opposition's AnalysisDatuk Seri R. Ramanan, the Human Resources Minister and PKR vice-president, discusses his voters' turnout and service-oriented activities in response to a recent report categorising his Sungai Buloh parliamentary seat as high-risk.
Read more »
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM31 juta bagi Pulau Banggi, SabahDatuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan peruntukan khas bernilai lebih RM31 juta bagi tujuan meningkatan lagi pembangunan di Pulau Banggi, Sabah. Beliau mengumumkannya ketika mengadakan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi.
Read more »
Kanak-kanak, 8, serah surat kepada Perdana MenteriKUDAT: Seorang kanak-kanak Pulau Banggi berusia lapan tahun yang sering diejek rakan kerana bercita-cita menjadi Perdana Menteri, melakar detik bermakna dalam h
Read more »
