Pemain perseorangan lelaki kebangsaan Malaysia, Justin Hoh tewas di Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026. Dia menegaskan tidak ada masalah komunikasi dengan jurulatih dan pemain lain.
Pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Justin Hoh ketika menentang pemain perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam saingan di Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena di sini, semalam.
Justin Hoh tewas, 16-21, 14-21. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLIKUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh tampil mempertahankan barisan kejurulatihan Malaysia yang pada padangannya tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi dengan para pemain. Justin berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk memahami apa yang dimahukan oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Malaysia, Kenneth Jonassen sama ada jurulatih itu menerapkan gaya permainan Eropah ataupun Asia.
“Saya rasa pemain dan jurulatih, kita satu pasukan, memang tiada masalah. Sebab kita bekerja bersama-sama. Tak kira gaya Eropah atau gaya Asia, kita cuma bagi komen dan kongsi bersama.
“Saya terima apa jurulatih Kenneth cakap dan diapun terima apa saya cakap. Jadi kita kerja keras, cuma keputusan belum datang lagi. Saya rasa ia bukan satu perkara yang buruk, tapi saya boleh cakap jurulatih dan pemain tiada masalah,” katanya kepada pemberita di Unifi Arena, semalam. Pemain yang menghuni ranking No. 45 dunia itu menegaskan dia tidak bersetuju jika ada andaian ataupun sebarang spekulasi yang menyatakan hubungan pemain dan jurulatih tidak baik.
Mengulas pula mengenai kritikan peminat yang tidak berpuas hati dengan prestasi perseorangan lelaki, Justin berkata, sejujurnya sektor tersebut kini berdepan banyak tekanan.
“Kita cuba yang terbaik untuk buktikan kepada semua orang yang perseorangan lelaki boleh buat. Tapi saya rasa sebab itu kita semakin tertekan. Tiada apa yang boleh cakap sangat, kami cuma perlu teruskan untuk kejohanan seterusnya,” ujarnya. Kata Justin, dia tidak boleh menyekat komen negatif daripada peminat dan sebagai pemain, dia hanya mampu mendengar serta cuba melupakan kritikan tersebut.
Anak jati Kuala Lumpur berusia 22 tahun itu turut mengesahkan akan menyertai Terbuka Singapura, minggu depan dan berharap dapat bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan mengiringinya.
“Kita sudah buat yang terbaik. Latihanpun sudah cukup. Saya rasa tekanan itu kita tak boleh kawal kerana ada masa naik dan turun. Jadi kita hanya teruskan, tiada apa nak cakap sangat,” katanya. – UTUSAN
Justin Hoh Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 Sukan Pemain Perseorangan Lelaki
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Masters 2026: Malaysia's GoH Sze Fei-Nur Izzuddin ensures regu final berth, beats IndonesiansMalaysian badminton player, GoH Sze Fei-Nur Izzuddin handles his opponents, Muh Putra Erwiansyah-Bagas Maulana, to secure a spot in the men's doubles final at the 2026 Badminton Malaysia Masters in Kuala Lumpur, after defeating them in the semis.
Read more »
Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »
Jun Hao, Justin sent packing as Malaysia’s singles woes continueMay 20 (Reuters) - Bristol Myers Squibb said on Wednesday it is partnering with Anthropic to make its Claude AI model available to over 30,000 employees in an effort to accelerate the discovery, development and delivery of new medicines.
Read more »
Malaysia Masters misery again as Leong Jun Hao and Justin Hoh crash out in first roundKUALA LUMPUR, May 21 — Another disappointing outing. For the second consecutive year, there will be no Malaysian representative in the second round of the Malaysia Masters after...
Read more »




