Syafiq Ahmad, pemain DPMM FC, berjuang keras untuk mempertahankan bola dari Stefano Brundo, kapten Penang FC, selama pertandingan Liga Super.
PEMAIN DPMM FC, Syafiq Ahmad cuba mengawal bola daripada dirampas oleh kapten Penang FC, Stefano Brundo dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang petang tadi yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Penang FC dengan keputusan 2-1.
-GAMBAR/FACEBOOK MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUEGEORGE TOWN : Hasrat Penang FC untuk menutup tirai saingan Liga Super musim ini dengan noktah kemenangan menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan DPMM FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, petang tadi. Bermula baik, tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai bola pada babak pertama dengan melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke kubu pelawat dan hampir mendahului perlawanan pada minit ke-34 menerusi kapten, Stefano Brundo.
Namun, rembatan pemain kelahiran Argentina itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol, Muhammad Haimie Nyaring selepas berlaku kekalutan di hadapan gawang DPMM FC. DPMM FC yang sesekali melancarkan asakan bagaimanapun berjaya mengejutkan tuan rumah menerusi sentuhan Jordan Murray pada minit ke-41. Gol berpunca daripada lorongan cantik oleh bekas penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang disambut oleh Ibrahim Sulley sebelum bola tersebut disudahkan dengan baik oleh Murray.
Ayam tambatan, Penang FC, Dylan Wenzel-Halls kemudian hampir menyamakan kedudukan pada masa-masa kecederaan separuh masa pertama, namun, Muhammad Haimie sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis tandukan tersebut. Masuk babak kedua, tuan rumah dilihat semakin agresif untuk memburu jaringan dan peluang keemasan yang menjelma pada minit ke-58 tidak disia-siakan oleh Dylan untuk mengikat keputusan menjadi 1-1 menerusi satu rembatan kencang dalam kotak penalti.
Ketika perlawanan dilihat seakan berkesudahan dengan keputusan seri, Brundo muncul wira skuad Harimau Kumbang apabila menanduk masuk bola sepakan sudut yang diambil oleh Adib Ra’op pada minit ke-83. Ini merupakan kemenangan pertama Penang FC dalam saingan Liga Super selepas gagal berbuat demikian dalam lapan perlawanan berturut-turut selain terpaksa berputih mata selepas kecundang dalam final Piala Cabaran kepada Sabah FC musim ini. -UTUSAN
Liga Super Pemain DPMM FC Syafiq Ahmad Penang FC Stefano Brundo
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Don’t let the politics of fear rob Malaysia of its REE future — Ahmad IbrahimMAY 14 — There is a curious silence in the corridors of power and the court of public opinion regarding the ghosts of our industrial past. As we stand on the cusp of a new rare...
Read more »
High Court Postpones Ruling on Ahmad Zahid Hamidi's Corruption Charges AppealThe High Court in Kuala Lumpur has postponed its decision on Ahmad Zahid Hamidi's application to be acquitted of 47 corruption charges involving Yayasan Akalbudi funds, after the deputy prime minister's lawyer briefed the deputy registrar on the outcome of the Court of Appeal ruling.
Read more »
Pandan MP Rafizi Ramli and Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad discuss possible collaborationPandan MP Rafizi Ramli and Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad are considering their next political journey and have been discussing a possible collaboration. Johor may be the testing ground for their collaboration, and a source close to the matter suggests that Muda, through its deputy president Zaidel Baharuddin, offered to work with Rafizi last month.
Read more »
Why the world’s public transport is stuck in the same old rut — Ahmad IbrahimMAY 15 — The Norman Broadbent Global Public Transport Outlook 2026 noted that “decision making in public transport often slows as ownership fragments across sponsors,...
Read more »
