Difahamkan, pesalah mula terjebak selepas mengalami tekanan domestik.
Seorang bekas pekerja stesen televisyen Astro telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun Nora Idayu, 49, telah dijatuhkan hukuman setelah didapati bersalah kerana mengubah suai pangkalan data syarikat selama hampir tujuh tahun.
Dia juga telah mengaku bersalah terhadap kesemua 731 pertuduhan .
"Mahkamah memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin dan mahkamah mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan serta pembelaan dalam membantu melancarkan perjalanan prosiding ini,", tertuduh yang bekerja dengan syarikat Astro sejak tahun 2003 itu telah diberikan akses kepada sistem dalaman Astro iaitu AMDOCS Customer Relationship Management melalui dua ID pengguna yang didaftarkan atas namanya. Setelah hasil semakan, terdapat 731 transaksi akaun pelanggan biasa yang ditukarkan secara tidak sah kepada akaun korporat dengan mengguna ID tertuduh bermula 30 Oktober 2013 hingga 20 Ogos 2020.
Tindakan ini tidak dibenarkan Astro kerana akaun korporat adalah akaun tidak berbayar yang hanya wujud untuk kegunaan dalaman Astro dan pelanggan biasa sepatutnya menggunakan akaun pelanggan berbayar sahaja. Nora Idayu bertugas di bahagian Unit Sokongan Komersial dan telah melakukan pengubahsuaian data walaupun tahu perbuatan itu boleh menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.
Menurut peguam bela, Nora Idayu mula terjebak dalam kesalahan ini selepas berkahwin pada 2013 akibat tekanan domestik yang berpunca daripada bekas suaminya yang juga penjudi tegar sehingga berlakunya masalah kewangan. Kesalahan ini telah didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tujuh tahun atau kedua-duanya. Tular Kes Pendedahan Pablo Escobar Langkawi 2.0, Mr A Dikenali Ramai
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Wajah jadi sasaran ‘scammer’ antarabangsa, Aliff Syukri kecewa ramai peminat tertipuWajah jadi sasaran 'scammer' antarabangsa, Aliff Syukri kecewa ramai peminat tertipu
Read more »
Belanjawan 2027 penentu Malaysia jadi hab AI Asia TenggaraBelanjawan 2027 mampu menjadi titik penentu sama ada Malaysia berjaya muncul sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara, ketika persaingan serantau dalam ekonomi digital semakin sengit.
Read more »
Calbee Siap Tukar Bungkusan Snek Kepada Hitam Putih Susulan Krisis Timur TengahDifahamkan, pembungkusan itu bagi menjimatkan bahan berkaitan petroleum.
Read more »
Ex-Astro employee jailed four years for converting 731 customer accounts to corporate accessKUALA LUMPUR, May 13 — A former employee of a pay television station was sentenced to four years’ imprisonment by the Sessions Court here today after pleading guilty to 731...
Read more »
