KUALA LUMPUR: Peguam Negara to file counter-application against CA body's new contempt motion on Ahmad Zahid in money laundering case

Legal News

KUALA LUMPUR: Peguam Negara to file counter-application against CA body's new contempt motion on Ahmad Zahid in money laundering case
Kuala LumpurPeguam NegaraDatuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Peguam Negara has filed a counter-application against the new motion for contempt of court by the Corporate Affairs Commission (CA) against the former UMNO president, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, in a money laundering case. The filing follows a ruling by the Court of Appeal which granted the CA’s request for leave to appeal against the National Anti-Corruption Agency's (NCA) decision not to proceed with charges against Ahmad Zahid in relation to the Al-Budai trust fund.

KUALA LUMPUR : Peguam Negara akan memfailkan bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman terbaharu Badan Peguam yang ingin mencabar keputusan ‘Tiada Tindakan Lanjut Jabatan Peguam Negara .

Ia terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkait penyelewengan dana Yayasan Akalbudi. Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan pada prosiding yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching di sini hari ini. Selain itu, Nurhafizza turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat arahan untuk memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mei lalu.

Permohonan kebenaran untuk merayu keputusan itu akan difailkan di Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Saya menerima arahan untuk meneruskan bantahan terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman ,”katanya. Pada 7 Mei lalu, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Badan Peguam untuk meneruskan cabaran terhadap keputusan Peguam Negara memohon perintah melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua pertuduhan membabitkan penyelewengan dana yayasan itu.

Turut menyuarakan perkara sama ialah peguam, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid yang memaklumkan pihaknya akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu pada atau sebelum 5 Jun ini.

“Oleh itu, pihak kami memohon supaya prosiding semakan ini digantung sehingga pihak-pihak kembali ke mahkamah untuk mengemas kini status di Mahkamah Persekutuan,”katanya. Sementara itu, merujuk kepada permohonan semakan kehakiman berkait perintah NFA, peguam, Abhilaash Subramaniam yang mewakili Badan Peguam memohon agar permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman itu diteruskan kerana keputusan Mahkamah Rayuan dibuat berdasarkan prinsip undang-undang yang mantap.

Hakim Yee Ching kemudian 30 Jun ini akan mendengar sama ada prosiding membabitkan perintah NFA di hadapannya perlu diteruskan atau digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. Pada 7 April lalu, Badan Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan NFA Peguam Negara itu dengan menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku responden pertama dan kedua.

Menurut penyataan yang difailkan, Badan Peguam antara lain memohon agar keputusan NFA yang dibuat pada 8 Januari lalu diisytiharkan sebagai tidak sah, terbatal dan Peguam Negara telah mengambil tindakan tersebut dengan melangkaui bidang kuasanya. Selain itu, Badan terbabit memohon satu perintah mandamus Peguam Negara untuk memberikan segala maklumat, dokumen, alasan, asas dan butiran yang dirujuk oleh responden pertama dalam mencapai keputusan NFA tersebut. Turut dimohon ialah relif-relif lain yang difikirkan sesuai dan tiada sebarang perintah dibuat berhubung kos.

Pada 8 Januari lalu, AGC dalam satu kenyataan memutuskan NFA terhadap kesemua pertuduhan Ahmad Zahid sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes terbabit. Keputusan NFA itu dibuat selaras kuasa serta budi bicara Peguam Negara bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. AGC menegaskan keputusan tersebut dibuat berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan sistem keadilan jenayah.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pihak AGC telah merujuk keputusan DNAA bertarikh 4 September 2023, menjalankan siasatan lanjut dan terperinci merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana berkenaan. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Kuala Lumpur Peguam Negara Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Section 96 Of The Courts Of Judicature Act 196 Corporate Affairs Commission (CA) National Anti-Corruption Agency (NCA) Contempt Of Court Court Of Appeal Leave To Appeal National Anti-Corruption Agency (NCA) Kuala Lumpur CA Peguam Negara

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sumali, Ahmad Jais tokoh terbaik sepak takrawSumali, Ahmad Jais tokoh terbaik sepak takrawDua tokoh sukan sepak takraw negara, Datuk Mohd Sumali Reduan dan Ahmad Jais Baharun mencuri tumpuan apabila masing-masing dinobatkan dalam kategori berprestij pada Anugerah Sukan Negara(ASN) 2025 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara(MSN), hari ini.
Read more »

Former Umno Secretary-General Annuar Musa Mocks Party Over Moves, Claims They Were Sanctioned and Later Reversed by Ahmad Zahid HamidiFormer Umno Secretary-General Annuar Musa Mocks Party Over Moves, Claims They Were Sanctioned and Later Reversed by Ahmad Zahid HamidiFormer Umno secretary-general Annuar Musa has mocked his former party over several moves which he claimed were sanctioned and later reversed by Umno president Ahmad Zahid Hamidi. He pointed to Umno Youth chief Dr Akmal Saleh’s resignation as Melaka executive councillor in January, the Negeri Sembilan political turmoil last month, and Johor Barisan Nasional’s declaration that it would go solo in the next state election.
Read more »

Why science diplomacy must evolve or perish — Ahmad IbrahimWhy science diplomacy must evolve or perish — Ahmad IbrahimMAY 20 — The world’s most intractable problems—a warming planet, the next pandemic, the fragility of our food and energy systems—are rooted in scientific challenges. The...
Read more »

AG opposes Bar’s bid to challenge ‘NFA’ in Zahid’s Akalbudi caseAG opposes Bar’s bid to challenge ‘NFA’ in Zahid’s Akalbudi caseHigh Court fixes June 30 to decide whether the Malaysian Bar's leave application for judicial review should be heard or stayed.
Read more »



Render Time: 2026-05-21 10:56:24