Negeri Sembilan menjadi kuasa baru hoki wanita tempatan, juara Piala Vivian May Soars 2026

Sport News

Negeri Sembilan menjadi kuasa baru hoki wanita tempatan, juara Piala Vivian May Soars 2026
HockeyPasukan Negeri SembilanLiga Hoki Malaysia

Negeri Sembilan mengesahkan status sebagai kuasa baharu hoki wanita tempatan apabila menjuarai Piala Vivian May Soars 2026 selepas menundukkan Territory Stingers 5-2 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Skuad bimbingan Negeri Sembilan mempamerkan aksi cukup dominan sejak awal permainan apabila menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama untuk mendahului 3-0.

Pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan selepas dinobatkan juara menewaskan Territory Stringers pada Perlawanan Akhir Liga Hoki di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

GAMBAR: FARIZ RUSADIOKUALA LUMPUR: Negeri Sembilan mengesahkan status sebagai kuasa baharu hoki wanita tempatan apabila menjuarai Piala Vivian May Soars 2026 selepas menundukkan Territory Stingers 5-2 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kemenangan itu sekali gus melengkapkan musim gemilang Negeri Sembilan yang sebelum ini turut merangkul Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia 2026. Skuad bimbingan Negeri Sembilan mempamerkan aksi cukup dominan sejak awal permainan apabila menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama untuk mendahului 3-0.

Nur Afiqah Syahzani membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15 sebelum Raja Norsharina Raja Shabuddin menambah gol kedua 12 minit kemudian. Nur Amirah Shakirah terus melebarkan jurang buat Negeri Sembilan menerusi jaringan padang pada minit ke-30 sekali gus memastikan pasukan itu berada di kedudukan selesa menuju waktu rehat. Bersambung selepas itu, Vandana Katariya menambah derita Territory Stingers apabila meledak gol keempat pada minit ke-33.

Fatin Shafika kemudian menjadikan kedudukan 5-0 hanya dua minit selepas itu untuk meletakkan trofi hampir pasti menjadi milik Negeri Sembilan. Territory Stingers yang cuba bangkit pada suku masa terakhir akhirnya berjaya memperoleh dua gol menerusi Penny Squibb pada minit ke-51 dan Samantha Pangquee empat minit kemudian. Bagaimanapun, kelebihan besar dimiliki Negeri Sembilan membolehkan mereka mengawal permainan dengan tenang sehingga tamat aksi.

Untuk rekod, Territory Stingers menamatkan saingan Liga Hoki Malaysia di tempat ketiga, manakala Malaysian University-UNITEN melengkapkan podium di tempat kedua.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Hockey Pasukan Negeri Sembilan Liga Hoki Malaysia Piala Sumbangsih Negeri Sembilan Hockey Territory Stringers Piala Vivian May Soars 2026 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pengadil luar negara adili final Piala MalaysiaPengadil luar negara adili final Piala MalaysiaPETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan penggunaan pengadil dari luar negara bagi mengendalikan aksi final Piala Malaysia
Read more »

Husband and wife killed, two others injured in lorry-car collision at Parit Sembilan, PerakHusband and wife killed, two others injured in lorry-car collision at Parit Sembilan, PerakA husband and wife were found dead after being caught in a collision involving a lorry and a car in Parit Sembilan, Labu Kubong, Perak. Two others involved in the incident suffered only minor injuries.
Read more »

Aminuddin says 14 Umno reps ‘betrayed’ NS govt by withdrawing supportAminuddin says 14 Umno reps ‘betrayed’ NS govt by withdrawing supportThe 14 Umno assemblymen in Negeri Sembilan withdrew their support for menteri besar Aminuddin Harun on April 27, citing a loss of confidence.
Read more »

Pembangunan negeri dipacu secara secara menyeluruh: Raja Muda PerlisPembangunan negeri dipacu secara secara menyeluruh: Raja Muda PerlisPembangunan negeri dipacu secara secara menyeluruh: Raja Muda Perlis
Read more »



Render Time: 2026-05-17 17:15:53