Beyond the Breaking News

Bursa Sosial Perkenalkan Platform untuk Meny familkan Dana dari Pasaran Modal kepada Sektor Sosial

Business News

Bursa Sosial Perkenalkan Platform untuk Meny familkan Dana dari Pasaran Modal kepada Sektor Sosial
Bursa SosialSuruhanjaya SekuritiPasaran Modal

Platform Bursa Sosial yang dipimpin oleh Suruhanjaya Sekuriti tanpa Akuntansi (SC) berpotensi memperkuat sumbangan pasaran modal ke sektor sosial dengan lebih transparan dan penyusunan yang baik

LIEW Chin Tong dan Mohammad Faiz Azmi ketika gimik pelancaran Bursa Sosial di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia , semalam. - UTUSAN/SADDAM YUSOFFKUALA LUMPUR: Platform Bursa Sosial , Impakrintas oleh Suruhanjaya Sekuriti berpotensi memperkukuh sumbangan pasaran modal kepada sektor sosial melalui penyaluran dana yang lebih telus dan tersusun.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, inisiatif itu memanfaatkan keupayaan pasaran modal untuk menarik penyertaan syarikat korporat dalam menyalurkan sumbangan kepada sektor ketiga atau pertubuhan bukan untung .

“Kami mempunyai sektor sosial yang memerlukan sumbangan dan SC menggunakan keupayaan sedia ada untuk menarik penyertaan serta sumbangan daripada syarikat korporat. “Melalui SC dan platform Bursa Sosial ini, sumbangan dapat disalurkan kepada sektor ketiga iaitu sektor bukan keuntungan. “Pada masa hadapan, kami berharap dapat melihat lebih banyak kerjasama antara pasaran modal dengan pelbagai sektor dalam menangani cabaran sosial.

“Cabaran sosial yang dihadapi termasuk Malaysia mempunyai populasi muda berbanding banyak negara Asia lain, khususnya negara Asia Timur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Rasmi Bursa Sosial di sini, semalam. Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan geran RM2 juta di bawah Belanjawan 2026 untuk menyokong NPO yang menyertai platform itu, sekali gus membantu menampung sebahagian kos penyertaan dan pengumpulan dana bagi organisasi yang layak.

Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan komitmen daripada tiga badan korporat berjumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 mencerminkan minat yang semakin meningkat daripada sektor swasta untuk menyokong projek berimpak sosial yang layak melalui Bursa Sosial. Sementara itu, platform tersebut telah menghimpunkan lapan NPO yang meliputi bidang akses penjagaan kesihatan, keselamatan makanan, pembangunan belia, penjagaan paliatif dan kelestarian alam sekitar. Lapan projek yang kini disenaraikan di ImpakRintas mempunyai sasaran kutipan dana gabungan melebihi RM22 juta.

Antara projek terbesar ialah Project STAR oleh MySkills Foundation untuk belia berisiko yang menyasarkan kutipan RM7.87 juta, inisiatif keselamatan makanan seluruh negara oleh Food Aid Foundation serta program Homes of Hope oleh National Cancer Society Malaysia . Organisasi lain yang turut serta termasuk OrphanCare Foundation, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia , YOKUK, Pertubuhan Kebajikan Nourish Malaysia dan Suriana Welfare Society Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia , Mohammad Faiz Azmi berkata, SC mengambil pendekatan teliti dan berperingkat dalam pembangunan Bursa Sosial dengan fasa pertama memberi tumpuan kepada pengumpulan dana kebajikan. Katanya, pada fasa awal, SC melantik LC Wakaful Digital Sdn. Bhd. sebagai pengendali platform Bursa Sosial, Impakrintas yang mula beroperasi awal tahun ini dengan enam NPO serta projek impak sosial.

“Bagi fasa seterusnya, kami akan menambah baik rangka kerja secara berperingkat bagi memperluaskan penyertaan lebih ramai pihak berkepentingan termasuk impak sosial, komuniti dan iklim.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Bursa Sosial Suruhanjaya Sekuriti Pasaran Modal Sektor Sosial Dana Penyertaan

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bursa Malaysia poised to trade with slight uptrend next weekBursa Malaysia poised to trade with slight uptrend next weekInvestor confidence in Bursa Malaysia is expected to improve next week, possibly bolstered by stronger earnings reports and increased optimism surrounding artificial intelligence. The recent market pullback may lead to bargain-hunting activities, especially in defensive and high-dividend sectors.
Read more »

MYTV Suspends Paid Subscription Offerings for MYTV Mana-Mana Streaming PlatformMYTV Suspends Paid Subscription Offerings for MYTV Mana-Mana Streaming PlatformMYTV has announced that its MYTV Mana-Mana streaming platform will undergo a transition starting 1 June 2026, resulting in the suspension of its paid subscription offerings for the time being. The current MYTV Mana-Mana Basic and Premium subscriptions will no longer be available following the transition. Existing users can still continue accessing the platform as usual, but new registrations and renewals for its paid plans will stop beginning 1 June 2026. Affected users with active Premium and Basic plans extending beyond 1 July 2026 will receive an email containing instructions on how to request a refund. The sudden suspension suggests that MYTV could be preparing a rework or revamp of its subscription model. However, the company has yet to confirm any specifics regarding what the platform transition actually involves.
Read more »

Bursa Malaysia Momentum Pengukuhan, Dipacu Peningkatan Ketikain Pelabur, Data Ekonomi DomestikBursa Malaysia Momentum Pengukuhan, Dipacu Peningkatan Ketikain Pelabur, Data Ekonomi DomestikThe Bursa Malaysia is expected to continue its uptrend this week, driven by increased investor confidence in the resolution of geopolitical conflicts in Asia and supportive domestic economic data. The FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) index, currently consolidating above 1,710 points, is expected to maintain its buying momentum if global peace initiatives continue to favor the equity market.
Read more »

Senheng lancar platform ubah suai kediaman sehentiSenheng lancar platform ubah suai kediaman sehentiSenheng New Retail Berhad melancarkan Senheng Home Customisation (SHC), sebuah platform pengubahsuaian kediaman sehenti yang direka bagi memudahkan proses perancangan dan pelengkapan ruang kediaman dari awal hingga akhir.
Read more »



Render Time: 2026-05-26 02:12:49