Yang Dipertua Dewan Rakyat mengesahkan Parlimen menerima surat daripada blok pembangkang berkaitan cadangan pertukaran ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
TEMERLOH: Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pengurusan Parlimen sudah menerima surat daripada blok pembangkang berhubung cadangan pertukaran Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Kata beliau, susulan itu, pihak Parlimen sudah mengemukakan surat pemakluman kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin namun sehingga kini belum menerima maklum balas daripada Ahli Parlimen Larut tersebut.
“Prosedur yang dilaksanakan itu adalah selaras dengan amalan dan urusan biasa Parlimen seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Program NADI Belia: Dari Komuniti ke Kepimpinan Negara di Institut Kemajuan Pekebun Kecil Pahang, Kampung Awah di sini hari ini. Johari bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang status pertukaran itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak pembangkang untuk memberikan penjelasan lanjut.
Terdahulu, media melaporkan berlaku perubahan kepemimpinan dalam blok pembangkang yang dikaitkan dengan kedudukan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Sementara itu, Johari berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang Ahli Parlimen melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, meskipun terdapat cadangan atau ketetapan dikemukakan blok pembangkang.
“Kedudukan Ketua Pembangkang adalah perkara yang ditentukan oleh blok pembangkang sendiri dan bukan dalam bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat,’ katanya. –
Parlimen Cabaran Pertukaran Ketua Pembangkang Yang Dipertua Dewan Rakyat Jawatan Ketua Pembangkang Sebarang Ahli Parlimen Melepaskan Jawatan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lepas jawatan ketua pembangkang andai bermaruahAhli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang sekiranya bermaruah.
Read more »
Ahli Parlimen Mersing pula digantung keahlian BersatuAhli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas digantung keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi tempoh dua penggal pemilihan berkuat kuasa hari ini.
Read more »
Shila Amzah marks 25 years in music with intimate ‘Resonance’ concert at Dewan Filharmonik PetronasKUALA LUMPUR, May 12 — After a long wait to see Shila Amzah return with a large-scale solo concert in Malaysia, the singer finally captivated local audiences once again through a...
Read more »
Datuk Seri Masidi Manjun appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairmanKOTA KINABULU, Malaysia, May 12, 2020 - Datuk Seri Masidi Manjun, the Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) deputy president, has been appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairman. The decision was made during the GRS supreme council meeting on Tuesday, May 12. The four other GRS deputy chairmen are Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Parti Cinta Sabah president Tan Sri Anifah Aman, Parti Harapan Rakyat Sabah president Tan Sri Liew Yun Fah, and Liberal Democratic Party president Datuk Chin Su Phin.
Read more »
