A colorful celebration of the Semporna District's traditions and sports was enjoyed by more than 500 visitors during the 2026 Kaamatan Tuaran event. The event was a resounding success with visitors from various parts of Sabah, including abroad.
TUARAN: Lebih 500 pengunjung memeriahkan Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Tuaran 2026 yang berlangsung di Padang Pekan Tamparuli baru-baru ini. Pengerusi Majlis Belia KDCA , Steve Johnny Mositun, yang juga Ketua Pengelola Sukan Tradisi Kaamatan Tuaran 2026, berkata program itu mencatat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan peserta dan pengunjung dari pelbagai daerah di Sabah termasuk luar negeri ini.
Advertisement“Penganjuran karnival tersebut bukan sahaja memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat melalui aktiviti sukan tradisi dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun,” katanya. Antara acara yang dipertandingkan sepanjang karnival ialah tarik tali, menyumpit, rampanau, melastik serta acara kemuncak “Orang Kuat Tuaran” yang menarik perhatian pengunjung dan peminat acara lasak.
SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26. Read more Acara bina badan yang berlangsung pada sebelah malam pula menjadi penutup rasmi karnival dalam suasana meriah.
Pegawai Pembangunan Masyarakat Kiulu yang juga Pengerusi Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi, Justin Ginduk, merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan program tersebut. Advertisement Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada KYC atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan edisi kedua penganjuran karnival berkenaan.
Menurut beliau, acara “Orang Kuat Tuaran” kategori novis yang dilokalisasikan sebagai identiti sukan komuniti daerah Tuaran kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat dan peminat acara lasak dari seluruh Sabah termasuk penyertaan dari Labuan dan Miri, Sarawak. Advertisement “Penyertaan luar daerah dan luar Sabah ini membuktikan bahawa konsep pelancongan sukan atau sport tourism mempunyai potensi besar untuk diperkasakan melalui acara kebudayaan dan sukan tradisi seperti ini,” katanya.
Beliau berkata pihak penganjur komited untuk menambah baik penganjuran pada masa akan datang agar Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi Kaamatan Daerah Tuaran dapat berkembang sebagai salah satu acara tahunan utama pelancongan sukan dan kebudayaan di Sabah.
Karnival Kebudayaan Sports Tribal Festival Kaamatan Tuaran Peta Kaamatan Tuaran 2026 Padang Pekan Tamparuli Orang Kuat Tuaran Cosmobeauté Malaysia Beautyexpo
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Toronto Public Health Offers Soccer-Inspired Condoms to World Cup VisitorsDuring the World Cup, Toronto Public Health will distribute limited edition condoms to help visitors ensure safe sexual practices, promoting safer sex, reducing stigma, and connecting them with sexual health services.
Read more »
Malaysia Achieves Tourism Milestone with 10.6 Million Visitors in First Quarter of 2026Malaysia welcomed more than 10.6 million international visitors between January and March this year, marking a new tourism milestone for the period. The figure surpassed last year's previous record of 10,102,972 arrivals by roughly half a million visitors.
Read more »
500 Sabah young are trained on traditional dancesKENINGAU: The Sabah Gana Ethnic Association (PEGS) trained nearly 500 youths in traditional dances of the Gana and Kadazandusun ethnic groups during the Semarak
Read more »
Ashhry Atan rai lebih 500 jururawat sempena Hari Jururawat SeduniaAshhry Atan rai lebih 500 jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia
Read more »
