Bonnie Bunyau Gustin, jaguh powerlifting para negara, telah menetapkan sasaran tinggi untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan Para Komanwel Glasgow pada Julai ini serta Sukan Para Asia Aichi-Nagoya yang dijadual berlangsung Oktober. Bonnie berkata, dia kini pada landasan terbaik untuk mengekalkan momentum cemerlang dalam kategori 72 kilogram (kg) selain mahu memastikan setiap angkatan dapat disempurnakan dengan baik di kedua-dua temasya berkenaan.
KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin meletakkan sasaran tinggi untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan Para Komanwel Glasgow pada Julai ini serta Sukan Para Asia Aichi-Nagoya yang dijadual berlangsung Oktober.
Bonnie berkata, dia kini pada landasan terbaik untuk mengekalkan momentum cemerlang dalam kategori 72 kilogram (kg) selain mahu memastikan setiap angkatan dapat disempurnakan dengan baik di kedua-dua temasya berkenaan.
"Untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia, saya berharap dapat buat yang terbaik semasa temasya nanti. Untuk kedua-dua temasya ini juga, saya berharap dapat kutip pingat emas dan mengekalkan ranking saya," katanya selepas Anugerah Atlet Para Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 PLUS 2025 di sini, kelmarin. Dalam majlis sama, atlet kelahiran Sarawak itu turut dipilih sebagai Atlet Para Terbaik selepas mempertahankan gelaran tersebut buat tahun kedua berturut-turut sekali gus membawa pulang RM10,000 beserta trofi.
Mengulas sasaran rekod, Bonnie berkata, beliau ketika ini lebih memberi tumpuan kepada konsistensi prestasi berbanding mencipta rekod baharu dalam masa terdekat.
"Untuk rekod saya belum rancang lagi. Saya mahu kekalkan ranking di kedudukan pertama. Setakat ini rekod saya belum ada siapa yang boleh cabar lagi," katanya. Untuk rekod, Bonnie kini memegang rekod dunia angkatan 232kg dalam kategori 72kg yang dilakukan pada Sukan Paralimpik Paris 2024, sekali gus menghadiahkan emas buat negara dan mengekalkan dominasi selepas turut menang di Olimpik Tokyo 2020.
Sebagai persiapan menghadapi Sukan Para Komanwel (23 Julai hingga 2 Ogos) dan Sukan Para Asia (18 hingga 24 Oktober), Bonnie akan menjalani latihan intensif sepenuhnya di Malaysia bagi memastikan tahap prestasinya kekal berada pada tahap terbaik. – UTUSA
Bonnie Bunyau Gustin Powerlifting Sukan Para Komanwel Sukan Para Asia Sukan Paralimpik Paris 2024 Olimpik Tokyo 2020
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Total Eclipse Of The Heart' singer Bonnie Tyler ‘remains seriously ill’ but is stable following surgerySamsung has announced that it is rolling out One UI 8.5 to a selection of older smartphones and tablets alongside its current-generation flagships.
Read more »
Bonnie Bunyau Gustin becomes most successful Para Athlete with four consecutive winsBonnie Bunyau Gustin, a powerlifting champion from Sarawak, has become the most successful athlete in the Para Athlete category with four consecutive wins in the Para Athlete of the Year category at the 2025 Sports Writers Association of Malaysia (SAM)-100PLUS Awards.
Read more »
Chen Tang Jie and Toh Ee Wei Named Best Athlete at SAM-100PLUS Awards 2025Malaysian mixed doubles pair Chen Tang Jie and Toh Ee Wei were crowned Best Athlete at the Sports Writers Association of Malaysia (SAM)-100PLUS Awards 2025, while Bonnie Bunyau Gustin was named Best Para Athlete for the fourth consecutive time.
Read more »
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei and Bonnie Bunyau Gustin Named Best Athletes in 2025 Sports Writers Association of Malaysia AwardsChen Tang Jie-Toh Ee Wei, a Malaysian mixed doubles pair, made badminton history by winning the BWF World Championships. Bonnie Bunyau Gustin, a national powerlifting champion, became the fourth world champion in a row in the 2025 World Powerlifting Championships.
Read more »
