Datuk Ayu Puteh, owner of Art Ornament, explains that TV stations rerun old dramas not by choice but because of high production costs and proven audience appeal. She notes producers receive minimal royalties from repeats and hopes for a fairer system.
PETALING JAYA: Penerbit dan pemilik rumah produksi Art Ornament, Datuk Ayu Puteh, tidak menyalahkan stesen televisyen hari ini yang mengambil pendekatan menyiarkan semula drama lama berbandingkan menghasilkan naskhah baharu.
Jelas Ayu atau Normashayu Puteh, stesen televisyen hari ini juga berdepan dengan kos penyiaran yang semakin tinggi di samping percaya drama yang diulang tayang sudah mempunyai peminat sendiri.
“Saya tidak fikir stesen televisyen sengaja tidak mahu buat cerita baharu, tetapi keadaan industri dan kos produksi yang semakin meningkat menjadi cabaran utama. “Drama lama pula sudah terbukti mempunyai penonton tersendiri selain dianggap lebih selamat dari sudut penyiaran dan bajet. Sebab itu kita nampak lebih banyak drama lama diulang tayang berbanding penerbitan baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ayu mengakui walaupun stesen televisyen melakukan siaran ulangan berkali-kali, namun syarikat produksi yang menghasilkan drama tersebut tidak memperoleh royalti besar.
“Tetapi secara peribadi, saya rasa ramai pemain industri berharap satu hari nanti akan ada sistem yang lebih baik dan adil untuk semua pihak yang terlibat dalam pembikinan karya,” ujarnya. Mengulas mengenai kos penerbitan drama ketika ini, Ayu bagaimanapun enggan mendedahkan angka sebenar kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuk pemilihan pelakon, lokasi serta skala produksi.
“Apa yang boleh saya katakan, kos produksi sekarang memang meningkat sangat ketara berbanding beberapa tahun lalu. “Daripada aspek logistik, teknikal, tenaga kerja hinggalah kos artis, semuanya meningkat. Sedangkan pada masa sama, ada projek yang masih bergerak dengan kadar bajet hampir sama seperti tahun 2019. Itu sebenarnya cabaran besar kepada kebanyakan produksi hari ini,” katanya.
Berkongsi perjalanan syarikat produksinya, Ayu berkata Art Ornament telah berada dalam industri selama 15 tahun dan pernah menghasilkan beberapa karya yang menerima maklum balas positif daripada penonton. Bagaimanapun, katanya, realiti industri ketika ini agak mencabar terutama bagi syarikat produksi yang tidak menerima peluang atau projek besar secara konsisten.
“Saya percaya banyak rumah produksi tempatan sebenarnya mempunyai idea dan tenaga kerja yang bagus, cuma mereka perlukan lebih ruang dan peluang untuk terus berkarya. “Kami juga mempunyai impian sama seperti syarikat produksi lain untuk terus maju, stabil dan berjaya dalam industri ini. Tanpa peluang berterusan, agak sukar untuk sesebuah syarikat produksi berkembang dan bersaing secara sihat dalam jangka masa panjang.
“Apapun, saya masih percaya industri kita mempunyai potensi besar dan saya harap lebih banyak peluang diberikan kepada syarikat produksi tempatan supaya lebih banyak karya berkualiti dapat dihasilkan,” katanya.
TV Stations Old Dramas Rebroadcast Production Costs Royalties
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
11-Month-Old Baby Girl Dies After Being Found Face Down in Pail of Soapy WaterA tragic incident in Seremban where an 11-month-old baby died after being found submerged in a pail of soapy water while under her grandmother's care. Police are investigating under child abuse laws.
Read more »
67-year-old man dies after being hit by his own reversing car in Batang KaliA 67-year-old man died in a tragic incident in Batang Kali, Hulu Selangor, after being hit by his own reversing car. The police have launched an investigation into the incident and are urging members of the public with information to come forward.
Read more »
Bingkor Assemblyman Donates Wheelchair to 96-Year-Old ResidentBingkor Assemblyman Dato' Sr Mohd Ishak Ayub donates a wheelchair to a 96-year-old resident of Kampung Toboh Laut to assist her daily mobility.
Read more »
14-year-old girl allegedly attempts to cut herself under influence of 'mushroom' vapeA 14-year-old girl allegedly attempted to cut her neck and wrists with a knife at a house in Jonker Walk, Melaka, on Sunday, believed to be under the influence of a vape called 'mushroom'.
Read more »




