kualalumpur SEORANG pekerja restoran warganegara Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan cubaan merogol dua wanita.
Than Khea Lang, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan, di hadapan Hakim Suraiya Mustafa Kamal.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan merogol terhadap pembantu bahagian kewangan berumur 38 tahun dan eksekutif sumber manusia berumur 26 tahun. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam terowong laluan pejalan kaki bawah bulatan Pudu, di sini, masing-masing pada 6.30 petang, 4 Mac 2020 dan 7.10 malam pada 6 Julai 2019.
Than yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan perbuatan itu, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin tidak menawarkan sebarang jaminan, kerana kes itu tidak boleh dijamin dan mahkamah menetapkan 12 Mei, untuk sebutan semula kes.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19: Penempatan warga asing dipantaukualalumpur covid19 Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya memberi perhatian berhubung perkara itu kerana statistik menunjukkan jumlah kes baru di Wilayah Persekutuan adalah tinggi.
Read more »
Polis buru 7 warga Filipina lari dari pusat tahanan sementara | The Malaysian Insight7 warga Filipna terbabit melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara Menggatal.
Read more »
Polis Selangor siasat warga asing sambut pesta 'Songkran' semasa PKPSiasatan dibuat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa. FMTNews Songkran PKP Covid19
Read more »
Dua tekong, 23 Pati ditahanDUA tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang cuba menyeludup 23 pendatang asing tanpa izin (Pati) keluar di Hutan Ladang Kurnia, Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, Sabtu lalu.
Read more »