JohorBharu Dua tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang cuba menyeludup PATI keluar di Hutan Ladang Kurnia, Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, Sabtu lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan dua tekong serta 23 Pati warga Indonesia berkenaan dilakukan hasil soal siasat terhadap dua tekong laut yang ditahan di Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Rabu lalu.
“Selain dua tekong itu yang masing-masing berusia 28 dan 39 tahun, polis turut menahan 23 Pati warga Indonesia membabitkan 18 lelaki dan lima wanita berusia antara 20 hingga 49 tahun.“Hasil soal siasat mendapati dua tekong berkenaan adalah anggota sindiket penyeludupan manusia yang aktif sejak tiga bulan lalu dan menjadikan Kota Tinggi sebagai pintu keluar masuk menyeludup masuk dan keluar Pati,” katanya.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, dua tekong berkenaan direman 28 hari bermula semalam sehingga 9 Mei depan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua lelaki ditahan bersama dadahPOLIS menahan seorang pengedar dadah bersama dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 41.70 gram ketika penugasan Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, Klang, petang semalam.
Read more »
11 dikompaun, kedai rokok elektronik disitaSEMBILAN pelanggan dan dua pekerja premis menjual peralatan dan aksesori rokok elektronik dikompaun RM1,000 seorang apabila ditahan dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Klang, semalam.
Read more »
Guna pistol tiruan buat jenayah ugutDUA lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan bersama pistol tiruan oleh anggota polis yang melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Anggerik, Bandar Tenggara di sini, malam tadi.
Read more »
Dua lelaki ditahan bersama dadahPOLIS menahan seorang pengedar dadah bersama dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 41.70 gram ketika penugasan Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, Klang, petang semalam.
Read more »
Kami mahu kebenaran edar makanan kepada pekerja migran, kata kumpulan sukarelawan | The Malaysian InsightMigran Care Malaysia berkata sukarelawannya sering ditahan ketika dalam perjalanan menghantar bekalan sekitar Lembah Klang.
Read more »