lahaddatu SEORANG lelaki warga Filipina melarikan diri selepas diarah kuarantin di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki dikenali sebagai Jul, 30-an dilaporkan melarikan diri selepas membuat pemeriksaan saringan Covid-19.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki berkenaan datang ke klinik itu untuk melakukan saringan Covid-19. Menurutnya, sebaik sampel untuk ujian saringan selesai diambil, lelaki itu diarahkan untuk dimasukkan ke pusat kuarantin.“Polis kemudiannya memeriksa rumah kongsi lelaki itu namun dia dikatakan sudah melarikan diri bersama isterinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu Nasri meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya melihat lelaki berkenaan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus di talian 014-5907309. Nasri berkata, kes disiasat mengikut 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
11.5% kes Covid-19 di Malaysia babitkan warga asing, kata KP Kesihatan | The Malaysian InsightMajikan perlu pastikan keselamatan dan kebersihan tempat kerja serta tempat tinggal mereka terjamin, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Read more »
191 anggota tabligh warga Malaysia dikuarantin di IndiaKerajaan India menahan sebahagian anggota jemaah tabligh kerana sebilangan mereka dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan visa. FMTNews Tabligh Covid19 India
Read more »
10 rakyat Malaysia pulang dari luar negara positif Covid-19, kata KP Kesihatan | The Malaysian InsightLebih 112 pusat kuarantin dijadikan pusat kuarantin wajib untuk menempatkan mereka yang pulang dari luar negara sejak 3 April lalu.
Read more »
Lelaki Russia kehabisan wang dihantar ke kedutaantemerloh Polis menemui lelaki itu berlegar-legar di hadapan sebuah pasar raya di Temerloh jam 4.30 petang semalam sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.
Read more »
Lebih 80 kg hasil pertanian dirampasgeorgetown Pemeriksaan ke atas bungkusan pertama menemui hasil pertanian antaranya medium herba kering seberat 47.5 kg bernilai RM370.50 dan 45 pokok kaktus yang diimport dari Korea Selatan bernilai RM250.
Read more »
30 penuntut luar negara dibenar pulangnilai PROSES kuarantin bagi 30 penuntut Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia, pada 2 April lalu, tamat dan mereka dibenarkan pulang, hari ini.
Read more »