kajang Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas tuduhan memiliki 2,380 batang rokok seludup pelbagai jenama, Januari lalu.
Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Rasel Mozumder, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Sebelum ini, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Bagaimanapun selepas kes disebut semula hari ini, tertuduh menukar pengakuannya.Mengikut pertuduhan, Rasel yang bekerja sebagai penjaga kedai didakwa atas kesalahan menyimpan dan memiliki 2,380 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM218.20 dan duti import RM476 di sebuah kedai di Taman Teknologi Kajang, Semenyih pada 1.40 petang, 29 Januari lalu.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rampas 100 juta batang rokok seludup dua bulanDALAM masa dua bulan saja, hampir 100 juta batang rokok seludup dirampas di seluruh negara dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM7 juta.
Read more »
Pasangan suami isteri dera anak dipenjara 24 bulan | The Malaysian InsightHakim turut memerintahkan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dan menjalani khidmat masyarakat selama 48 jam.
Read more »
Padah seludup warga asingTUJUH tekong darat, laut serta ejen sudah dituduh di mahkamah selepas didapati terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia ke negara ini menerusi sempadan perairan Melaka.
Read more »
Penjara tujuh tahun ganti tahanan Henry Gurneykotakinabalu Hukuman tahanan di Sekolah Henry Gurney ke atas seorang remaja lelaki kerana menyebabkan kematian seorang lelaki, ditukarkan kepada penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.
Read more »
Bahaya buang puntung rokok merataPUNTUNG rokok yang dibuang merata di kawasan mempunyai bahan mudah terbakar dikenalpasti menjadi antara tiga faktor penyumbang kepada kebakaran di Johor.
Read more »