melaka Pesisir pantai khususnya di sekitar Ujong Pasir, Klebang, Kuala Sungai Baru dan Pulau Konet dikesan menjadi lokasi atau laluan masuk pendatang tanpa izin.
Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, 11 kertas siasatan dibuka dan mereka yang didakwa itu membabitkan tangkapan dari November 2018 dan awal tahun ini.
“Untuk dua bulan terakhir tahun lalu, kita berjaya menyelamatkan 55 pendatang asing yang mendarat di pesisir pantai di Melaka dalam lima serbuan manakala untuk dua bulan pertama tahun ini, kita sudah menjalankan enam serbuan dan 39 warga asing diselamatkan,” katanya. Beliau berkata, warga asing yang diselamatkan terdiri daripada warga Indonesia dan Pakistan selain pihaknya menahan warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat, laut dan ejen berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
Katanya, mereka yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 kerana menyeludup migran, Seksyen 26J ATIPSOM 2007 kerana mengangkut migran yang diseludup serta Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Padah bawa parang, pisaukualalumpur Penganggur penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana memiliki sebilah parang dan pisau di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa, minggu lepas.
Read more »
Suami isteri ditahan bantu siasatan kes bunuh 18 tahun lepas | The Malaysian InsightKedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Read more »