KualaLumpur Sebanyak 91 peratus kawasan yang terjejas akibat kejadian paip utama pecah di Klang Sabtu lalu sudah pulih sepenuhnya setakat 6 pagi ini.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd , Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya kini giat melakukan kerja pemulihan bekalan air dengan meningkatkan paras kolam dan tekanan di sistem agihan bagi menstabilkan bekalan ke kawasan yang masih dalam proses pemulihan.
“Antara kawasan yang masih dalam proses pemulihan ialah Batu Belah, Bandar Sultan Sulaiman, Bandar Puteri & Putera 2, Jalan Kapar Batu 1 - 5, Kampung Keretapi, Pangsapuri Sri Perantau dan Bandar Parkland,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. Katanya, bantuan bekalan air melalui lori tangki air akan terus digerakkan dan pusat khidmat setempat akan terus beroperasi hingga bekalan pulih.
“Status pemulihan sentiasa dikemas kini dan pelanggan yang masih terjejas boleh menghubungi kami di talian 15300 untuk bantuan atau rujuk aplikasi Air Selangor untuk maklumat terkini,” katanya. Insiden tiga paip utama pecah di tapak projek WCE sejak Sabtu lalu menyebabkan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang terjejas.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
91 loan scam cases in S'wak so far this year, RM767k lostSIBU: The number of people in the state being conned in loan scam continues to rise with 91 cases reported and losses amounting to RM767,171 from January to May 5 this year.
Read more »
Populariti melonjak, Vivian dijangka menang Sabtu ini, kata Anwar | The Malaysian InsightPresiden PKR itu berkata, calon PRK Sandakan itu lebih kecil daripadanya.
Read more »
Viral… Nama unik Isnin Bin PuasaNama diberikan arwah bapanya, Puasa Sabtu, disifatkan sesuatu yang cukup istimewa
Read more »
SPAN diarah siasat punca 3 paip utama pecah di Klang | The Malaysian InsightInsiden sejak Sabtu lepas menyebabkan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang terjejas.
Read more »
'Sudah pujuk pun degil lagi'DUA anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, terpaksa memanjat siling sebuah rumah di Taman Air Kuning, Rantau, Seremban, untuk menahan seorang penagih dalam operasi dijalankan Sabtu lalu.
Read more »
Loan scams continue to increase in SarawakSIBU: The number of people in the state cheated in loan scams continues to rise with 91 cases reported with losses amounting to RM767,171 from January to May 5 this year.
Read more »
Pulanglah dik, kasihan mak“ADIK tidak pernah berkelakuan seperti ini,” kata Malizayati Abdul Rahim, 34, mengenai kehilangan adiknya, Nur Haziqah Abdul Rahim, 20, dari rumah mereka di Kampung Tengah, Serkat, Pontian, sejak Sabtu lalu.
Read more »
Pikap mangsa lemas dibawa naikpermatangpauh POLIS berjaya membawa naik kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke Sungai Prai dalam satu kejadian lemas, Sabtu lalu.
Read more »
Jalan TAR dibuka semulaKEMENTERIAN Wilayah Persekutuan memutuskan membuka semula Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur bermula Sabtu ini kepada semua pengguna jalan raya bagi memberi kemudahan kepada orang awam beli-belah barangan keperluan Aidilfitri.
Read more »