UMNO terus tuntut keadilan buat Najib – Ahmad Zahid BERITA NASIONAL Politik TERKINI UMNOkeadilanNajib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau terus menuntut keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara. Jaminan tersebut disuarakan Presiden UMNO bagi menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO dan Kerajaan Perpaduan ekoran nasibnya yang berdepan hukuman penjara.
Di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan serta lebih 6,000 perwakilan UMNO, Ahmad Zahid berkata, UMNO tetap akan memperjuangan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu kerana perjuangannya dengan parti terus subur meskipun beliau kini di sebalik tirai besi. “Walaupun secara fizikal beliau tidak bersama kita, tetapi jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita. Kita berikan laungan semangat untuk beliau, kita mahukan keadilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di ibu negara hari ini. Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperimana ditetapkan Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini. “Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau tetap di Dewan Merdeka pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk bela dan beri kebebasan untuk Najib. Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, sabar, Allah akan melunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” kata Ahmad Zahid. BUKTI Pada masa sama, Ahmad Zahid turut memberikan bukti bahawa Najib tidak pernah mengkhianati parti itu dan mengeluarkan sebarang arahan untuk menyerang Presiden atau mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan. ‘Bukti’ tersebut disampaikan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nizar Najib menerusi klip video semasa ucapan Ahmad Zahid yang disaksikan seluruh tetamu khas dan perwakilan itu. “Saya sedar ada permainan di luar sana yang kononnya menyatakan ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang institusi presiden “Apa yang ingin saya tegaskan di sini, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan. “Beliau tidak pernah menyatakan sedemikian, malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti UMNO dan menghormati institusi Presiden yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Itu pesanan beliau,” kata Mohd. Nizar. Mohd. Nizar menambah, semua itu hanyalah permainan persepsi oleh sesetengah pihak yang cuba mengelirukan ahli-ahli UMNO supaya menyokong parti lawan. “Ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli UMNO supaya membelakangi Kerajaan Perpaduan dan menyokong Perikatan Nasional itu tidak pernah berlaku,” tegasnya.- UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Umno chief Zahid addresses party leaders, delegates ahead of June 9 general assemblyKUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi addressed party leaders and delegates on Wednesday (June 7) ahead of the party's general assembly on Friday (June 9).
Read more »
Pelawaan bekas ahli hadiri PAU, terpulang tafsiran masing-masingPelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah terpulang kepada pendirian dan penerimaan masing-masing.
Read more »
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Tak guna nampak kuat, tapi hasilnya kurang -ZahidPresiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu memenangi kerusi yang ditandingi pada Pilihan
Read more »
BN must win all seats entrusted in State polls: Ahmad ZahidBarisan Nasional (BN) needs to win all seats allocated to the coalition for the coming elections in six states, said Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Zahid jamin tiada isu perkauman dibangkitkanTiada isu perkauman seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak dengan menjadikan UMNO dan DAP antara isu utama dalam kemelut politik hari ini.
Read more »
Umno tak pernah lupakan Najib, kata presiden | The Malaysian InsightParti itu akan tetap tuntut keadilan untuk Najib yang kini jalani hukuman penjara, kata Ahmad Zahid.
Read more »




