POLIS mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat individu mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah.
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia mengesahkan tiada sebarang laporan berkaitan kejadian samun susulan gambar serta maklumat yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Superintenden Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara , Superintenden Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat individu mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah.
Katanya, pada sama sama terdapat mata pisau di belakang kad digunakan untuk mencederakan mangsa sebelum membuat samun.“Hasil semakan mendapati sebaran maklumat tersebut mula tular pada 2014 dan ditularkan semula akhir-akhir ini oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Ujarnya, wanita yang cedera adalah kejadian samun berlainan manakala gambar lelaki pada bahagian muka adalah mangsa pergaduhan di luar negara.
“Orang ramai dinasihat tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas serta ditentukan kesahihannya. “Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
[PARLIMEN] Tiada aduan eksploitasi pekerja tempatan di luar negara - Utusan DigitalTerdahulu, Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) meminta kerajaan menjelaskan apakah kadar upah yang tinggi menjadi punca ramai rakyat Malaysia berhijrah secara haram di Australia dan Korea Selatan.
Read more »
Tiada ‘abang besar’ dalam PN - Gerakan - Utusan DigitalTiada ‘abang besar’ dalam PN – Gerakan
Read more »
Polis konsisten banteras judi, maksiat - Utusan DigitalBagi membanteras aktiviti maksiat, tindakan melalui Op Noda dijalankan dan menahan 152 individu daripada 41 serbuan atas pelbagai kesalahan hiburan dan maksiat.
Read more »
Polis tembak mati 25 perompak bank di Brazil - Utusan DigitalKumpulan penjenayah itu 'berputih mata' selepas markas mereka diserbu polis
Read more »
Polis Perak tingkat pemantauan SOP sepanjang Deepavali - Utusan DigitalKITA tidak mahu keadaan yang tidak terkawal menyebabkan penyebaran Covid-19 yang boleh menggugat kesihatan orang ramai.
Read more »
Polis gempur 'port' dadah di Kuala Perlis, Simpang Empat - Utusan DigitalTangkapan tersebut meliputi kesalahan pembekalan dadah, penagihan dadah, individu dikehendaki dan penyalahgunaan ketum.
Read more »