SPRM tahan ketua jabatan bergelar 'Datuk' terima rasuah, salah guna kuasa
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar “Datuk” kerana disyaki terlibat menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.
Lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8 malam semalam, dan kini direman selama empat hari hingga 21 Okt ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. Menurut sumber SPRM, perolehan empat kenderaan itu bernilai lebih RM290,000 untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan lelaki berkenaan ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Bernama, 18 Oktober, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Govt agency head arrested for alleged 2017 briberyPUTRAJAYA: A head of a government agency has been arrested for allegedly accepting bribes in 2017.
Read more »
'Not Radzi's syllabus' - Minister says learning loss long-standing issueRadzi explains syllabus not created during his time in office but from 2017.
Read more »
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes mayat wanita reput'Dengan tertangkapnya suspek yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian mangsa, kita percaya kes ini berjaya diselesaikan.
Read more »
Lelaki maut motosikal bertembung elak pokok tumbangHari-hati cuaca tidak menentu sekarang.
Read more »
Kes mayat wanita reput di Ipoh, seorang lelaki ditahan | The Malaysian InsightLelaki berusia 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa itu ditahan berserta dengan beberapa barangan kes berkaitan kejadian itu di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai Khamis lalu.
Read more »