Keputusan tersebut juga memberi makna PN lebih mengutamakan kestabilan politik berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.
KUALA LUMPUR: Parti Perikatan Nasional telah sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua 50 Ahli Dewan Rakyat parti-parti gabungan PN iaitu 31 orang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Pas dan Star telah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara pada semalam menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri.
“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama. “Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan Perikatan Nasional yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, keputusan tersebut juga memberi makna PN lebih mengutamakan kestabilan politik berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa. “Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli politik mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. Bagaimanapun tegas Muhyiddin, sokongan terhadap Ismail Sabri itu adalah bersyarat, di mana beliau perlu memastikan barisan ahli jemaahnya terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah. “Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja“Saya berharap proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan. “Selaku Pengerusi Perikatan Nasional, saya akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 apabila tiba masanya,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ismail Sabri dahului saingan calon PM, kata sumber | The Malaysian InsightSeramai 100 ahli Parlimen sokong bekas timbalan perdana menteri berkenaan.
Read more »
MKT sokong Ismail Sabri calon PM baharu - Utusan DigitalTerdahulu, Annuar menerusi posting dalam Facebooknya mendakwa lebih 69 ahli Parlimen bukan BN telah setuju untuk menyokong calon daripada gabungan itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Read more »
[KEMAS KINI] 'Yes, Ismail (Ismail Sabri Yaakob) calon PM' - Utusan Digital“Calon dipilih itu bersih dan diterima rakyat dan calon tersebut dicadang pengerusi BN,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ahli Parlimen BN di Menara Dato’ Onn malam ini.
Read more »
BN pilih Ismail Sabri calon PM, kata ahli Parlimen | The Malaysian InsightKeputusan pencalonan itu juga disahkan beberapa ahli Parlimen Umno selepas mesyuarat MKT malam tadi.
Read more »
'Kami beri sokongan kepada Ismail Sabri dengan sukarela, tanpa paksaan' - Utusan DigitalSemalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Read more »




