“Calon dipilih itu bersih dan diterima rakyat dan calon tersebut dicadang pengerusi BN,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ahli Parlimen BN di Menara Dato’ Onn malam ini.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional secara konsensus sebulat suara menyokong untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri sahaja dari UMNO untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, esok. Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika ditemui media sebentar tadi.
“Calon dipilih itu bersih dan diterima rakyat dan calon tersebut dicadang pengerusi BN,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Ahli Parlimen BN di Menara Dato’ Onn malam ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama calon tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskannya. “Calon tu kena tanya Presiden, yang penting calon dari UMNO yang bersih, sebulat suara kita setuju. Kita beri kepercayaan kepada Presiden untuk memaklumkan nama calon, dan calon dicadangkan ialah yang diterima rakyat,” katanya. Namun, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman secara jelas mendedahkan calon yang dipilih BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Yes ,” katanya ringkas bagi menjawab soalan media yang bertanya adakah calon yang dimaksudkan itu Ismail Sabri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ku Li, Ismail Sabri antara 4 nama calon PM UMNO - Utusan DigitalDua lagi nama ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 68, dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 68.
Read more »
Perikatan’s Ismail Sabri ahead of rivals in PM race | The Malaysian InsightCoalition looks set to return to power with its candidate of choice having the most number of votes, sources say.
Read more »
Ismail Sabri dahului saingan calon PM, kata sumber | The Malaysian InsightSeramai 100 ahli Parlimen sokong bekas timbalan perdana menteri berkenaan.
Read more »
Report: Mukhriz says Pejuang open to Ismail Sabri, Anwar or Shafie as PM | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 17 — Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) has not ruled out supporting any of the main contenders to be the next prime minister, party president Datuk Seri Mukhriz Mahathir said. However, he said Pejuang would prefer to cooperate with Pakatan Harapan rather than Perikatan Nasional...
Read more »
Anwar and Shafie Pejuang's top picks, open to Ismail Sabri as wellMukhriz Mahathir says party will not back 'court cluster' candidates.
Read more »
MKT sokong Ismail Sabri calon PM baharu - Utusan DigitalTerdahulu, Annuar menerusi posting dalam Facebooknya mendakwa lebih 69 ahli Parlimen bukan BN telah setuju untuk menyokong calon daripada gabungan itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Read more »
![[KEMAS KINI] 'Yes, Ismail (Ismail Sabri Yaakob) calon PM' - Utusan Digital](https://i.headtopics.com/images/2021/8/17/umonline/kemas-kini-yes-ismail-ismail-sabri-yaakob-calon-pm-utusan-digital-1427654928789643266.webp)