kualalumpur POLIS membuka dua kertas siasatan berhubung penahanan seorang pegawai polis berpangkat inspektor kerana dipercayai merogol dua wanita warga Mongolia di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya membuka kertas siasatan bagi kes rogol dan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.“Apa juga dakwaan kedua-dua belah pihak akan disiasat termasuk dakwaan mengadakan seks secara sukarela,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Ahad lalu, Harian Metro melaporkan dua warga Mongolia mendakwa dirogol seorang pegawai polis berpangkat inspektor selepas mengurungnya di sebuah bilik hotel. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilaporkan berkata, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dikurung di dalam bilik hotel selepas ditahan ketika sekatan jalan raya.
Operasi menyelamat dijalankan dan polis berjaya menyelamatkan kedua-dua wanita berkenaan dan menahan suspek itu pada hari sama.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis siasat pekerja asing berpesta Songkran | The Malaysian InsightPolis menerima maklumat kejadian yang disiarkan di Facebook..
Read more »
Polis Selangor siasat warga asing sambut pesta 'Songkran' semasa PKPSiasatan dibuat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa. FMTNews Songkran PKP Covid19
Read more »
MCMC siasat pegawai sebar gambar rakaman percakapan bekas timbalan menteriMCMC tidak akan berkompromi dengan salah laku pegawainya dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya individu itu didapati bersalah. FMTNews MCMC
Read more »
Siasat walaupun berita palsu dipadam, Ismail beri amaranSebanyak 217 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19. FMTNews BeritaPalsu
Read more »
Polis buka kertas siasatan inspektor rogol 2 wanita MongoliaKertas siasatan dibuat berasingan iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran. FMTNews Polis Rogol
Read more »
Warga Myanmar didakwa cuba rogol dua wanitakualalumpur SEORANG pekerja restoran warganegara Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan cubaan merogol dua wanita.
Read more »